My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 May 2018

    Isu 1MDB Kekal Menjadi "Hantu" Buat Pakatan Harapan



    Sepanjang 4 tahun kebelakangan ini, antara isu yang cukup menarik minat Pakatan Harapan untuk mengenakan kerajaan BN dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah isu 1MDB selain daripada GST. Bagi yang kurang memahami perjalanan sesebuah syarikat korperat, mereka mungkin akan mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah dan hasutan yang dibuat oleh Pakatan Harapan.

    Malah, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, isu 1MDB terus dijaja oleh Pakatan Harapan dalam semua ceramah yang mereka anjurkan. Tidak kiralah samada di kotaraya besar, bandar-bandar mahupun di kampung-kampung. Malah, di warung juga, mereka tetap bercerita tentang 1MDB walaupun ramai yang tidak faham mengenai topik ini.

    Sehinggalah mereka akhirnya berjaya membentuk kerajaan, isu 1MDB kekal menghantui Pakatan Harapan sehinggakan mereka sanggup melupakan janji yang mereka taburkan di dalam manifesto 10 janji 100 hari rekaan mereka. Apakah yang sedang berlaku dan adakah 1MDB ini boleh mewujudkan ancaman keselamatan terhadap negara ataupun Pakatan Harapan telah melabelkan 1MDB sama dengan pengganas Daesh?

    Secara amnya, 1MDB ditubuhkan dengan tujuan menyeragamkan segala pembangunan yang ada di dalam negara. Dengan bermodalkan RM 1 juta yang ada di dalam syarikat terdahulu, Terengganu Investment Agency (TIA) sebelum dijenamakan semula sebagai 1MDB pada 2010, kerajaan melihat 1MDB sebagai satu agensi pelaburan berasaskan kerajaan, sama seperti Temasik Holding di Singapura.

    Dalam hal ini, 1MDB merasakan, mereka perlu mengambil alih semula kebanyakan IPP negara yang dikuasai oleh agensi swasta. Untuk tujuan itu, 1MDB telah membuat pinjaman pada skala besar iaitu sebanyak RM 41.8 bilion bagi membolehkan mereka mengambil alih kesemua IPP yang ada di Malaysia termasuk membuat pelaburan dalam sektor tenaga di beberapa buah negara yang lain.

    Selain itu, 1MDB juga telah membeli 3 bidang tanah iaitu masing-masing di Pulau Indah yang di rancang untuk membina sebuah kawasan perumahan teknologi tinggi, Tun Razak Exchange bagi membolehkan kawasan berkenaan menjadi hub perbankan Islam serta di Sungai Besi yang dirancang untuk di bangunkan sebagai Bandar Malaysia.

    Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesebuah syarikat besar untuk menubuhkan satu yayasan sendiri bagi menjalankan kerja kebajikan. Oleh yang demikian, munculnya SRC International yang menyelenggara dan memberi bantuan awal kepada banyak perkara termasuk menaja sejumlah kira-kira 1,100 orang jemaah haji setiap tahun.

    Justeru, sukar untuk difahami, bagaimana SRC International sebagai salah sebuah anak syarikat 1MDB boleh diheret sama dalam kemelut ini. Malah,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga terheret sama dengan dakwaan kononnya SRC International inilah yang bertanggungjawab menyalurkan RM 2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib pada 2012 untuk dana pilihan raya.

    Adakah mungkin sebuah anak syarikat yang berasaskan kemasyarakatan semata-mata boleh menyalurkan wang sebanyak itu kepada seseorang individu? Lebih menghairankan, adakah individu yang bukan Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan wang milik SRC mahupun 1MDB untuk kegunaan persendirian?

    Mungkin, ramai yang sudah tidak faham tentang apa yang berlaku di dalam 1MDB. Ini kerana, sudah terlalu banyak fakta yang telah di manipulasikan sehinggakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertindak mengumumkan 1MDB telah muflis sepenuhnya. Bagaimana 1MDB boleh muflis sedangkan syarikat ini masih mempunyai aset seperti tanah di TRX yang harganya jauh lebih tinggi dari baki hutang 1MDB yang tinggal?

    Untuk pengetahuan, sebidang tanah di TRX bernilai antara RM 7 ribu hingga RM 13 ribu per kaki persegi. Andai kata 1MDB sudah tidak mampu melangsaikan hutang mereka, nilai hartanah berkenaan boleh mencecah angka berbilion Ringgit. Tambahan pula tanah berkenaan berada di segi tiga emas Kuala Lumpur, mana mungkin, harga tanah berkenaan boleh merudum dalam tempoh 2 minggu?

    Lihat sahaja bagaimana kata-kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw yang sehingga hari ini tegas mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib tidak terlibat dalam apa jua skandal 1MDB seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan. Untuk rujukan, Tan Seng Giaw adalah ahli DAP dan Ahli Parlimen Kepong sebelum dipecat DAP serta merta akibat mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib.

    Nampaknya, isu 1MDB ini tidak akan mempunyai kesudahan walaupun PAC dan pelbagai agensi lain yang menyiasat kes ini sepakat menyatakan, terdapat salah keputusan yang diambil oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif 1MDB sehingga syarikat berkenaan terheret kedalam masalah yang sudah memakan masa sehingga lebih 5 tahun.

    Bukan mahu menyatakan 1MDB atau mana-mana pihak tidak bersalah dalam hal ini. Seperti yang diperkatakan oleh CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 1MDB sudah seperti sebuah buku yang bebas di baca oleh sesiapa sahaja. Maksudnya, 1MDB sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyiasat segala perjalanan mahupun penyata kewangan syarikat.

    Justeru, apa yang diharapkan, andai benar kerajaan Pakatan Harapan mahu menyiasat 1MDB, lakukan dengan penuh intergriti dan maruah. Bukan bersandarkan kepada dendam terhadap mana-mana individu semata--mata. Rakyat masih memerhati dengan penuh minat bagaimana kes 1MDB dikendalikan dan rakyat juga tertunggu-tunggu, bilakah janji 10 janji dalam 100 hari ini akan ditunaikan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isu 1MDB Kekal Menjadi "Hantu" Buat Pakatan Harapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top