My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 May 2018

    Pencabul Melutut, Rayu Dilepas



    MALANG bagi lelaki yang mencabul penumpang wanita dalam bas apabila menjadi ‘tahanan’ pemandunya sebelum diserahkan kepada polis walaupun selepas melutut merayu dibebaskan termasuk sanggup mengaku mempunyai banyak kes cabul lain di Singapura. 

    The New Paper melaporkan lelaki terbabit disyaki mencabul penumpang yang cuma dikenali sebagai Lee, 23, ketika mangsa menaiki kenderaan itu pada 9.30 pagi. Lee yang menceritakan kisah itu di Facebook berkata, dia menjerit selepas dicabul menyebabkan suspek meminta pemandu bas membuka pintu untuk melarikan diri.

    Sementara itu, akhbar Lianhe Wanbao memetik Lee berkata: “Saya menjerit dan memukul bahunya sebelum meminta penumpang lain memanggil polis. “Lelaki itu terus melutut meminta maaf, malah mengaku terbabit dalam kes cabul lain.”

    Menurutnya, lelaki itu mula memaki hamunnya apabila melihat Lee tidak mempedulikan rayuannya menyebabkan penumpang lain mempertahankannya. Pemandu bas turut mengunci pintu untuk menghalang lelaki itu melarikan diri. Polis mengesahkan lelaki berusia 51 tahun ditahan berhubung kejadian itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pencabul Melutut, Rayu Dilepas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top