My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 May 2018

    'Kami Memang Serasi'



    PELAKON, Ayda Jebat dan Syafiq Kyle mengakui keserasian yang wujud dalam drama Dekatkan Jarak Kita menjadi faktor kemenangan bagi kategori Pasangan Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2018) yang berlangsung malam tadi. 

    Ayda berkata, dia dan Syafiq tidak perlu melakukan adegan bersentuhan dan romantik keterlaluan semata-mata untuk menjayakan watak. “Bagi saya, untuk menang kategori ini tidak semestinya perlu romantik, adegan peluk dan dukung keterlaluan. Cukup dengan penghayatan watak.

    “Diakui, saya dan Syafiq kurang bersentuhan dalam drama ini. Kami lebih kepada gerakan mata. Namun, peminat melihat keserasian kami dari sudut lain hingga mereka mengundi,” katanya.

    Ditanya pesaing terdekat bagi kategori itu, Ayda mengakui pasangan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar menerusi drama Andainya Takdir. Sependapat dengan Ayda, Syafiq berkata keserasian antara mereka sangat subjektif.

    “Apa yang kami buat dalam drama ini kena dengan jalan cerita. Bagi saya, kalau dalam skrip kena peluk, saya peluk. Cuma, kami tidak perlukan babak itu untuk mecipta keserasian.

    “Selain itu, faktor utama kemenangan kami dan drama ini adalah kerjasama semua pihak. Masing-masing ikhlas bekerja dan mengikut haluan ditetapkan,” katanya.

    Menerusi kategori itu, Ayda dan Syafiq menewaskan pasangan pelakon Zul Ariffin dan Farah Nabilah menerusi drama Titian Cinta yang disebut-sebut bakal menang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Kami Memang Serasi' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top