My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 May 2018

    Perodua Catat Jualan 75,500 Unit



    Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 75,500 unit bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, meningkat 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penguasaan pasaran juga dijangka mencecah 41.6 peratus. Angka itu merupakan satu daripada kadar ter­tinggi dalam industri. “Bagi bulan April sahaja, pe­nguasaan pasaran Perodua dijangka mencapai 43 peratus, satu daripada pencapaian terbaik kami.

    “Kami berharap momentum ini akan berterusan hingga akhir tahun ini, sekali gus dapat mengekalkan kedudukan nombor satu jenama ini dalam pasaran,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Iftar Ramadan Perodua 2018 di sini kelmarin. Pada majlis tersebut, Perodua turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 setiap satu bagi dua rumah pertubuhan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam Al-Hira, Bandar Bukit Sentosa dan Maahad Tahfiz Al-Waiz, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

    Bagi tempoh empat bulan pertama 2018, tempahan kenderaan Perodua mencatatkan peningkatan sebanyak 14.2 peratus kepada 114,000 unit. Penerimaan servis turut meningkat lima peratus selain perolehan alat ganti juga mengukuh 17 peratus.

    Dalam pada itu, diminta me­ngulas mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Aminar berkata, ia dijangka memberikan kesan kepada industri automotif negara. “Secara perkiraan asasnya, SST seolah-olah menjadikan harga kenderaan meningkat, namun kami perlu mengambil kira daripada pelbagai sudut termasuk cara pelaksanaannya dan arahan seterusnya daripada kerajaan. 

    “Bagaimanapun, de­ngan pe­ngumuman kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun ini, kami menyeru orang ramai untuk membuat pembelian kenderaan pada masa ini bagi menikmati diskaun yang ditawarkan Perodua,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perodua Catat Jualan 75,500 Unit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top