My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 15 May 2018

    Remaja Cedera Dibelasah 10 Individu



    Sekumpulan lelaki diburu polis selepas dipercayai merusuh dan bergaduh di Plaza Harbour Mall di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 4 petang itu, seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun cedera di mata dan lengan akibat ditumbuk dan ditendang 10 individu tidak dikenalinya. 

    Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa ke lokasi berkenaan untuk membeli barang lalu terserempak dengan sepupunya sebelum kejadian itu.

    “Mereka dilaporkan duduk melepak di Plaza Harbour Mall sambil memerhatikan sekumpulan lelaki yang turut melepak di situ.

    “Secara tiba-tiba seorang lelaki daripada kumpulan itu datang ke arah mangsa dan bertanya kenapa mangsa memandang ke arahnya sebelum suspek turut bertanya sama ada mangsa tidak puas hati dengannya. Mangsa dikatakan tidak menghiraukan suspek lalu terus beredar dari kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Remaja Cedera Dibelasah 10 Individu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top