My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 May 2018

    Maut Di Litar Lumba



    LELAKI maut selepas kereta dipandu uji terbabas sebelum terbalik di di Litar STC, Batu 5, Sandakan, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 petang, pemandu berusia 52 itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala. 

    Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan memandu uji Toyota Coupe. Beliau berkata, tiba-tiba, dia hilang kawalan sebelum merempuh parit konkrit dan terbalik.

    Menurutnya, kenderaan itu kemudian termasuk ke dalam longkang, kira-kira 10 meter dari jalan. "Pemandu juga dilaporkan tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian." katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

    Mohd Azhar berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Di Litar Lumba Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top