Kata orang tua-tua, lembu berpegang pada talinya, manusia pula berpegang pada janjinya. Malah di dalam ajaran Islam itu sendiri turut menggariskan umatnya supaya menunaikan janji yang dilafaz olehnya. Di sinilah timbulnya istilah manusia munafik kerana keenggannya menunaikan janji yang dilafaz.
Perkara ini tidak ada pengecualian dan setiap manusia yang bernyawa, berpegang kepada janji yang dilafaz. Begitu jugalah dengan parti-parti politik yang sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, begitu giat menabur janji yang ada diantaranya tidak masuk akal.
Kesempatan meneliti semula 10 janji utama Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari pertama,boleh dikatakan hanya satu sahaja yang benar-benar diusahakan. Selebihnya, hanyalah janji kosong yang tertera di dalam kertas semata-mata tanpa ada sebarang inisiatif untuk melaksanakannya.
Janji yang begitu bersungguh-sungguh ditunaikan adalah menyiasat wujudnya skandal-skandal yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini seperti 1MDB, Felda, Tabung Haji dan pelbagai lagi skandal yang mereka dakwa, wujud sepanjang pentadbiran BN. Malah, mereka juga turut berjanji untuk melakukan rombakan semula terhadap semua agensi ini andai mereka berkuasa.
Janji-janji seperti menghapusan GST, menstabilkan harga minyak dengan mengembalikan subsidi, menghapuskan hutang peneroka Felda, potongan KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, menangguhkan bayaran semula PTPTN, mengembalikan status Sabah dan Sarawak, skim peduli sihat dan mengkaji projek mega, hanya retorik semata-mata.
Menariknya, Menteri Industri dan Asas Tani, Salehuddin Ayub juga mengumumkan akan membuka semula kertas siasatan terhadap National Feedlots Corporation yang sebelum ini sudah selesai sepenuhnya setelah Mahkamah Tinggi memutuskan, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menipu dan memfitnah NFC dan pihak pengurusannya.
Melihat kepada begitu bersungguhnya kerajaan Pakatan Harapan mahu membuka kertas siasatan terhadap semua skandal yang kononnya wujud ini, timbul persoalan, adakah rakyat pada 9 Mei lalu memilih barisan Inspektor Gadget, Detaktif Conan, James Bond, Jason Bourne dan lain-lain penyiasat popular di televisyen mahupun dilayar perak, membentuk sebuah kerajaan di Malaysia?
Manakan tidak, hampir kesemua menteri yang mengangkat sumpah sebelum ini dilihat cukup komited untuk membuka kertas siasatan. Langsung tidak kedengaran agenda mereka dalam membantu meringankan beban rakyat yang hari ini cukup terhimpit dengan kenaikan harga barang di pasaran.
Malah, Datuk Seri Mohd Najib selaku bekas Perdana Menteri kelihatan sepeti "bulleyes" Pakatan Harapan apabila kerajaan hari ini menggerakkan semua agensi siasatan mereka untuk mencari sebarang bukti yang boleh mengheret beliau ke mahkamah dan seterusnya di penjarakan.
Tidak hairanlah apabila rakyat hari ini menzahirkan perasaan pelik mereka terhadap tindakan kerajaan dalam tempoh 15 hari terawal ini. Sudah hilang slogan mahu membantu rakyat. Sudah hilang keinginan mereka mahu memperjuangkan semua masalah rakyat dan paling utama, istilah Selamatkan Malaysia juga sudah bertukar dengan misi menjahanamkan terus nama Najib Razak.
Benar, kerajaan hari ini masih baru dan baru berusia 15 hari. Seperti manusia, tidak mungkin seorang bayi mampu berdiri dan berlari dalam tempoh usia 15 hari. Namun, mengambil kira pelbagai janji yang mereka tabur kononnya mereka mampu melaksanakan janji untuk rakyat dalam tempoh kurang dari seminggu, kredebiliti kerajaan hari ini sudah mula dipersoalkan ooleh rakyat sendiri.
0 comments:
Post a Comment