My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 May 2018

    Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar, Kanak-Kanak Maut Dibunuh Bapa



    Seorang bapa tergamak menolak anaknya jatuh daripada motosikal hingga maut semata-mata kerana berang selepas kanak-kanak itu yang berusia empat tahun terkencing hingga terkena seluarnya.

    Tribun News melaporkan, kejadian itu bermula pada Jumaat lalu selepas lelaki berkenaan, Hasan Basri, 29, yang tinggal di Timbuseng, Pattalasang, Gowa berang selepas anaknya, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya.

    Hasan yang marah mencubit badan anaknya beberapa kali dan dia turut menggigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah. Keesokan harinya, Hasan membawa anaknya bersiar-siar menaiki motosikal. Tidak lama selepas itu, Hasan pulang ke rumah dan membawa anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mata memandang ke atas serta lebam di muka.

    Hasan mendakwa anaknya itu cedera selepas terjatuh daripada motosikal selepas dia membrek secara tiba-tiba. Ibu mangsa yang panik segera membawa anaknya ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

    Doktor yang curiga dengan kematian kanak-kanak itu termasuk keadaan badan mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam segera membuat laporan polis. Polis kemudian segera menahan Hasan dan ketika disoal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku dia sengaja menolak anaknya jatuh daripada motosikal kerana marah dengan mangsa yang terkencing di seluarnya.

    Jurucakap polis berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu secara menyeluruh dan lelaki berkenaan ditahan serta bakal didakwa atas tuduhan membunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar, Kanak-Kanak Maut Dibunuh Bapa Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top