PERPINDAHAN Andres Iniesta ke kelab Liga Super China Chongqing Lifan masih kabur selepas mereka berkata tidak akan membayar perancang Barcelona itu gaji yang akan mengganggu pasaran.
Kapten Barca Iniesta, 33, April lalu mengatakan dia akan meninggalkan kelab yang disertainya sejak usia 12 tahun itu pada musim panas ini, dengan media mengandaikan pemain itu akan menyertai Chongqing.
Dalam satu kenyataan di laman sosial Weibo Jumaat lalu, presiden kelab China itu, Jiang Lizhang berkata mereka sedang bekerjasama dengan Iniesta dalam aspek pemasaran dan pembangunan akar umbi, tetapi tidak ada perjanjian untuknya bermain.
Chongqing berkata mereka akan berpegang kepada pelaburan rasional dan mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak China yang dikawal kerajaan, termasuk had gaji maksimum.
Media Sepanyol melaporkan, Iniesta hampir pasti menandatangani kontrak tiga tahun bersama Chongqing yang dianggarkan bernilai 81 juta euro (RM381.4 juta).
0 comments:
Post a Comment