
Lee Chin Cheh,adakah kamu dipaksa atau kamu di sogokkan dengan imbuhan supaya melepaskan jawatan kamu untuk Anwar Ibrahim (setakat kini dialah calon utama dalam N25 Kajang). Apakah nasib bagi pengundi N44 Permatang Pauh bila semua ini menjadi kenyataan?
Umum mengetahui Saudara Azmin Ali serta Rafizi adalah dari kem Anwar Ibrahim. Mereka di latih khas seperti 1 acuan dalam meneruskan kesinambungan anwar dalam arus politik semasa.Manakala Tan Sri Khalid adalah individu yg amat di senangi oleh Datin Seri Wan Azizah. malah menurut majoriti rakyat Selangor, mereka lebih menyenangi Tan Sri Khalid dalam menguruskan hal ehwal negeri selangor. Jadi amat menghairankan kenapa Pucuk pimpinan PKR menidakkan seorang yg berkebolehan dalam menguruskan sesebuah kerajaan negeri yg di perakui oleh Sultan Selangor itu sendiri.
Perletakkan jawatan oleh saudara Lee ini bagi saya seperti menghina demokrasi negara malah boleh saya anggapkan seperti menghina institusi Diraja Selangor kerana apa yg saya perhatikan, mereka kena mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat.jd ini sedikit sebanyak boleh di anggap satu penghinaan.

Sedikit latar belakang N25 Kajang di bawah pakatan rakyat.saya tidak perlu membaca akhbar harian mengenai kemelut peniaga melayu disana.pecahan 48% Melayu,41% Cina, 10% india serta 1% lain2 jelas menunjukkan bahawa melayu itu sendiri sedikit sebanyak telah hilang di telan arus semasa.kenapa saya berkata demikian.majoriti melayu mengusahakan perniagaan kecil--kecilan seperti warung,kedai makan serta pasar malam.jika semua ini dilarang (atas sebab mencacatkan permandangan) maka kaum bumiputera disana tidak lama lagi akan mengalami nasib yang sama seperti org2 melayu di pulau pinang.ini yang amat dibimbangi disana.
0 comments:
Post a Comment