My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 January 2014

    Memancing simpati

    29hb januari 2014
    2230
    Final episode

    Perseteruan dalaman yg semua orang fikir terjadi antara PAS dan PKR pada pandangan saya tidak lebih dari retorik. Dua parti melayu terbesar di Malaysia ini telah cuba mengaburi semua org mempercayai tipu helah ini.Lihat sahaja komen Lin Guan Eng dalam isu ini.Amat bersahaja serta seolah-olah tiada apa yang berlaku.Ulasan Azmin Ali juga seolah-olah tindakan Iskandar Abdul Rahman mengkritik hebat perlantikan Anwar sebagai calon umpama kisah dongeng.
    Sesuatu yang agak pelik,DAP sebagai parti paling dominan pembangkang seolah-olah menjauhkan diri dalam permainan Anwar ini.Membiarkan dua parti Melayu pembangkang terbesar di Malaysia "bertelagah" bukanlah 1 yang mengejutkan.Seperti yg saya selalu tekankan, DAP hanya mahukan Malaysia menjadi Republik.Perebutan kuasa dalaman seperti ini bagi DAP bukan permainan mereka.Lagipun Kajang bukanlah bandar pusat menjana pendapatan seperti Puchong, Subang Jaya mahupun bandar-bandar besar lain.
    BN sebenarnya telah secara perlahan-lahan masuk keperangkap ciptaan Anwar.Kajang tidak lebih hanya sekadar medan ujian Anwar dlm menarik popularitinya di luar dari P44 Permatang Pauh.Andai BN meletakkan calon hebat mereka di kawasan ini dan Anwar menang maka secara tidak langsung popularitinya meningkat selepas dia diaibkan di Narita tempoh hari.
    Dua bulan sebelum ini Anwar bertindak menukar alamat di kad pengenalannya di kawasan Kajang.Ini bermakna semua ini telah di rancang 8 bulan dahulu.Kes Azmin-Khalid hanya penyebab untuknya dalam laluannya ke Shah Alam.Lee Chin Cheh hanyalah dijadikan kambing hitam Anwar.Banyak duit di tabur untuk plan ini berjaya.Menarik BN dalam permainan ini hanyalah part of the game dalam menaikkan populariti Anwar."Konflik" PAS Selangor dengan PKR hanyalah picisan.Mudahnya PKR & DAP sebenarnya menganggap PAS tidak lebih dari parti tempelan dalam melaksanakan impian mereka dalam berkuasa.PAS seperti barang antik.nak dibuang sayang diguna mudah rosak.Jadi mereka membiarkan PAS bergerak sendiri dalam meraih sokongan Melayu asalkan segala undi milik PR.Jadi secara mudahnya apa sahaja suara PAS dalan hal ini tidak lebih seperti anjing menyalak bulan.Diberi tulang diam lah nanti...

    JSJM

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Memancing simpati Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top