My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 January 2014

    Persengketaan dalaman




    Rabu
    29hb Januari 2014
    Episod 2

    Salehuddin Ayub
    Selepas pengumuman Tan Sri Abdul Khalid semalam kini timbul satu perseteruan dalaman di dalam Pakatan Rakyat Negeri Selangor.Semua ini bermula Bila PAS Selangor mula menyuarakan rasa hairan dan pelik di atas perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN.Sebagai parti dominan Islam di Selangor tindakan Lee serta Anwar amat mengejutkan PAS serta sedikit sebanyak menidakkan PAS dalam urusan negeri.
    Iskandar Abdul Samad
    Kehadiran Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub di mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di PJ semalam rupanya bukan membawa suara majoriti ahli PAS Selangor.Ini amat menghairankan kerana menurut kenyataan peribadi Salehuddin, dia menyokong penuh segala keputusan mesyuarat PR semalam.Agak melucukan dari raut wajah Tan Sri Khalid semalam juga menampakkan "sedikit kejutan" yang dialaminya.
    Dewan Pemuda PAS
    Pesuruhjaya PAS Selangor,Iskandar Abdul Samad jelas kurang senang dengan hasil mesyuarat ini.Menurut beliau tindakan Lee serta Kerajaan Negeri gagal memaklumkan kepada mereka tentang situasi yg dihadapi kini.Ini jelas menurut beliau menidakkan kehadiran PAS dalam urusan kerajaan negeri.Malah terdapat ura-ura mengatakan Dewan Pemuda Pas mahu memulaukan PRK berkenaan kerana tidak bersetuju perlantikan Anwar sebagai calon.Situasi ini jelas menghairankan kerana jika disusuri pekembangan ini apakah kehadiran Salehuddin Ayub dalam sidang akhbar semalam bukan mewakili PAS keseluruhannya? Dalam konflik ini yang langsung tidak meninggalkan bekas adalah DAP kerana sehingga hari ini tiada ulasan mahupun komen samada dari Karpal Singh, Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng.Umpama mentertawakan perseteruan dalaman antara PAS & PKR.
    Apa yang dapat saya rumuskan, polemik politik Selangor terutama Pakatan Rakyat jelas bercelaru.Kronisme serta Proksi di julang kelangit.Hakikatnya Anwar Ibrahim bukan lah seorang presiden mewakili PKR.dia hanya dilantik sebagai ketua Umum umpama namanya untouchable.Malah lebih melucukan Pakatan Rakyat itu sendiri bukanlah satu parti gabungan yang didaftarkan.jadi tidak menghairankan pakatan ini begitu rapuh pegangannya.Segala bentuk keputusan pucuk pimpinan gabungan haram ini tidak pernah sampai pada peringkat bawahan.benih semaian kebencian yang di tanam pada penyokong PR pada parti pemerintah sahaja menyelamatkan survival Anwar Ibrahim,Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid,Datin Seri Wan Azizah, Rafizi, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang, Karpal Singh serta lain-lain lagi.  

    JSJM

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Persengketaan dalaman Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top