My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 January 2014

    POLEMIK PAKATAN RAKYAT

    Rabu
    29hb Januari 2014

    Umum sudah mengetahui calon tunggal bagi Pakatan Rakyat sudah pun di umumkan semalam. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid telah mengumumkan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah calon bagi N25 Kajang dalam PRK "mengejut" ini bagi mewakili Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam sidang akhbar semalam adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub serta Lim Kit Siang. Kini hanya dari pihak BN sahaja yang masih membisu siapakah yang akan di calonkan.
    Adakah pencalonan Anwar ini suatu yg di luar jangkaan? Bagi saya tidak jika kita menyelusuri corat coret perjalan Anwar bermula dari 2008.Pernah timbul desas desus Anwar akan di lantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi hal ini di nafikan sendiri oleh Anwar. Pada masa berkenaan pada hemat saya cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri amat kuat.Jadi jawatan ini di serahkan kepada orang kepercayaan Dati Seri Wan Azizah iaitu Tan Sri Abdul Khalid.
    Kini selepas memasuki 2 penggal Tan Sri Abdul Khalid berkuasa secara tiba-tiba cita-cita Anwar "di down gradekan" hanya untuk Menteri Besar.sesuatu yang melucukan serta menghairankan, selama hampir sekian lama Anwar menggunakan alamat Segambut Kuala Lumpur di kad pengenalannya.kira-kira 2 bulan sebelum perletakkan jawatan bekas ADUN N25 Kajang Lee Chin Cheh, alamat tertera pada kad pengenalannya kini di Kajang.adakah ini kebetulan atau memang telah di aturkan untuk membolehkan dia mengambil semula jawatan tertinggi di dalam kerajaan Selangor?
    Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, seseorang yang ingin menjadi ADUN dimana-mana kawasan negeri Selangor harus bermaustatin di negeri berkenaan sekurang-kurangnya 21 tahun dan ini bermakna tindakan Anwar menukar alamat pada kad pengenalannya adalah bertujuan untuk menjadi ADUN kawasan berkenaan.Kini timbul satu  persoalan. Adakah Anwar layak dilantik untuk menjadi Menteri Besar Selangor andai dia mampu memenangi PRK kali ini.Bagi saya dia boleh.
    Menurut Artikel 51 (1) berdasarkan artikel 53 (2)(a) dan artikel 51 (2) tertakluk pada artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Baginda Sultan Selangor berhak melantik sesiapa pun dari Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai Menteri Besar asalkan dia adalah Melayu, beragama Islam dan mendapat sokongan dari majoriti DUN. Paling utama Anwar harus mendapat keyakinan majoriti DUN untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid. Di sini secara jujur saya tidak nampak Anwar mempunyai masalah kerana Selangor itu sendiri kini di wakili oleh Pakatan Rakyat yang di terajui oleh Pas (14 kerusi) DAP (14 kerusi) PKR (13 kerusi). Cuma apa yang agak di bimbangi bagaimana Anwar mahu mengimbangi kemahuan PAS dalam perubatan kerusi panas di SUK Selangor.

    Bersambung....
    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: POLEMIK PAKATAN RAKYAT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top