My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 January 2019

    Guru Seret Murid Autistik Dipecat



    Kejadian dilaporkan berlaku pada Oktober lalu selepas Trina Abrams dirakam oleh kamera pengawasan di sekolah rendah Wurtland, daerah Greenup. 

    Video itu menunjukkan murid malang berkenaan diseret melintasi sekumpulan murid lain yang menunggu di luar bilik darjah. Rakaman itu kemudiannya dimuat naik di Facebook oleh ibunya sendiri, Angel Nelson sambil meminta Trina menjelaskan tindakan buruknya.

    Suri rumah terbabit menuduh guru terbabit bertindak kasar terhadap anaknya hingga mengalami kecederaan. Katanya, doktor mengesahkan lengan anaknya terseliuh, bengkak serta lebam akibat perbuatan guru itu. 

    Sementara, pihak sekolah dalam kenyataannya menjelaskan mereka masih menyiasat kejadian berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Seret Murid Autistik Dipecat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top