My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 6 January 2019

    Selamat Kembali Uncle Bond



    Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang tentang kemungkinan Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas bakal kembali ke Cameron Highlands setelah kerusi Parlimen ini kosong setelah penyandangnya, Datuk C Sivaraajh telah hilang kelayakan untuk terus berkhidmat di kerusi berkenaan oleh Mahkamah bulan lalu.

    Semuanya disebabkan beliau telah didapati oleh Mahkamah atas tuduhan mengamalkan rasuah politik terhadap pengundi Parlimen P078 Cameron Highlands semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Pada 28 Disember lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan beliau tidak dibenarkan untuk bertanding selama lima tahun dan melenyapkan harapan beliau untuk mempertahankan kerusi ini.

    Hari ini, individu yang dikenali sebagai Uncle Bond oleh penduduk asal Cameron Highlands mengemumkan secara rasmi bahawa beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen P078 Parlimen Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari 2019.

    Semasa sidang media yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat MyPPP di Kampug Attap sebentar tadi, keputusan ini di raih setelah semua Ahli Majlis Tertinggi MyPPP yang bermesyuarat pada jam 2.30 sebentar tadi mengambil keputusan memberi laluan kepada Tan Sr M Kayveas untuk bertanding di kerusi ini setelah beliau gagal membuat demikian semasa Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

    Ujar beliau, beliau mahu meneruskan semula usaha beliau yang tertangguh sebelum ini bagi membela nasib penduduk Parlimen Cameron Highlands. Untuk rekod, beliau telah memulakan gerak kerja membantu rakyat di Parlimen ini sejak tiga tahun lalu sebelum terpaksa memberi laluan kepada MIC menerusi calonnya, Datuk C Sivaraajh bertanding atas semangat Barisan Nasional.

    Dalam sidang media yang sama, beliau turut mendedahkan ada beberapa buah parti mahu beliau bertanding atas tiket parti-parti berkenaan. Namun, ketiadaan sebarang kata putus yang konrit menyebabkan beliau dan Ahli Majlis Tertinggi MyPPP mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket bebas kali ini.

    Perkembangan ini sekaligus mengesahkan bahawa beliau akan kembali semula ke tanah tumpah kelahiran beliau dan akan cuba merebut kembali kerusi yang begitu ingin beliau tandingi sejak sekian lama.

    Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mendedahkan bahawa sehingga kini, Pendaftar Pertubuhan (RoS) masih mengesahkan bahawa beliau merupakan Presiden MyPPP yang sah dan sekaligus menolak sebarang spekulasi yang cuba ditimbulkan oleh satu kumpulan lagi yang mendakwa beliau bukan lagi Presiden MyPPP.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selamat Kembali Uncle Bond Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top