My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 January 2019

    UMS Dah Lama Kuatkuasa Larangan Merokok



    UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) sudah lama menguatkuasakan larangan merokok di kampusnya sekali gus menjadikan ia sebagai institusi yang bebas asap rokok di Sabah, iaitu sejak kira-kira 10 tahun lalu. 

    Naib Presiden 1, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Sugianto Johan berkata, ia bermakna UMS kini berada di hadapan kerana sudah melaksanakan larangan itu ketika ada suara mencadangkan larangan merokok diperluaskan ke institusi pendidikan tinggi (IPT).

    “Larangan merokok ini untuk di UMS sudah lama berkuat kuasa, namun saya tidak pasti di IPT lain. Jadi ia kurang memberi kesan kepada kami kerana sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

    “Namun untuk diperluaskan ke IPT lain, saya rasa ia wajib dilakukan kerana IPT adalah menara gading iaitu tempat orang menuntut ilmu. Tidak baik gejala seperti ini berada di tempat ahli akademik berkumpul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Sementara itu, seorang lagi penuntut jurusan ekonomi UMS, Mohammad Mustari, 22, berkata semua kakitangan dan pelajar sudah maklum mengenai larangan merokok di UMS.

    “Namun, dengan cadangan untuk larangan merokok diperluaskan ke IPT ia sudah pasti dapat membantu perokok mengurangkan jumlah rokok yang mereka ambil sekiranya lebih lama berada di kawasan larangan merokok,” katanya.

    Kementerian Kesihatan sebelum ini menjelaskan pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke IPT selain sekolah swasta dan awam pada tahun ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: UMS Dah Lama Kuatkuasa Larangan Merokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top