My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 January 2019

    Lebih 143 Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan



    Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di pusat pemindahan di Dewan Kampung Bijuray Mogag, Bau, telah bertambah ke 143 orang daripada 28 keluarga setakat 8 pagi semalam. 

    Malam kelmarin, seramai 30 orang daripada tujuh keluarga di Kampung Bijuray dipindahkan di pusat pemindahan tersebut berikutan hujan renyai-renyai semalam.

    Mengikut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, hanya sebuah pusat pemindahan sedang dibuka setakat ini. "Hujan lebat berterusan dari kawasan tinggi bermula tengah hari semalam telah menyebabkan air sungai di kawasan berdekatan berlimpah dan mengalir ke kawasan kampung rendah," katanya.

    Bagaimanapun, keadaan air telah mula surut pada masa ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lebih 143 Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top