My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 October 2015

    BANDAR BERHANTU BAKAL MENJADI PUSAT TUMPUAN PERLANCONGAN

    Terletak di Garnet Range Road di Granite Contty, Montana Amerika Syarikat, ianya merupakan sebuah bandar perlombongan terbengkalai yang mula beroperasi  dari tahun 1860-an. Terletak didalam First Chance Gulch di barat Montana, bandar yang terletak kira-kira 11 batu di Banjaran Road Garnet. Dengan dikelilingi oleh kawasan pergunungan dan hutan yang menarik, Pekan kecil ini menyimpan 1001 cerita mistik yang bakal menjadi tarikan pelancong untuk merasai percutian ekstrim.

    Sedikit sejarah berkenaan pekan kecil ini, pada tahun 1895 Garnet pada asalnya dinamakan sebagai Mitchell pada masa itu dan mempunyai hanya sepuluh buah bangunan. Bahagian utama bandar telah dibina di atas Garnet Lode. Kemudian telah menukar namanya kepada Garnet, iaitu merupakan kawasan perlombongan emas. 

    Pada tahun 1898, seramai lebih 1,000 orang tinggal di sana namun telah ditinggalkan kira-kira 20 tahun kemudian apabila bekalan emas di kawasan perlombongan ini semakin berkurangan. Insiden kebakaran pada tahun 1912 pula telah memusnahkan separuh pekan ini dan ianya tidak pernah dibina semula. Bekalan yang diperlukan di Garnet pada umumnya diperolehi daripada berdekatan Bearmouth.

    Kawasan berkenaan kembali menajdi tumpuan sekitar tahun 1960-an dan dirancang akan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan dan sekaligus memerlukan tenaga kerja untuk tinggal disana. Atas inisiatif kerajaan negeri Montana, lokasi ini kini menawarkan tempat tinggal percuma dan makanan percuma selain peluang pekerjaan kepada sukarelawan untuk mendiam sebuah bekas bandar perlombongan yang didakwa berhantu.

    Apa yang pasti,kawasan berkenaan sememangnya terkenal dengan pelbagai cerita seram yang disebarkan oleh penduduk berkenaan. Menurut seorang penulis buku, Ellen Bauler, beliau sering terdengar suara orang ketawa dengan kuat dan bunyi piano yang didakwa berpunca daripada hantu-hantu di kawasan itu.

    Bagaimanapun suatu yang mengejutkan apabila iklan tawaran berkenaan mendapat maklum balas yang luar biasa apabila pengendali kawasan tersebut menerima ratusan panggilan telefon dan e-mel bukan sahaja dari dalam negara,malah dari China,Afrika Selatan,Jerman dan Britain.

    Sehingga hari ini, lokasi berkenaan masih lagi mendapat tumpuan dikalangan penggemar mistik dan paranormal kerana cerita berhantu yang kini menjadi legenda di kawasan berkenaan.

    MJJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BANDAR BERHANTU BAKAL MENJADI PUSAT TUMPUAN PERLANCONGAN Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top