My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 October 2015

    "KEMATIAN" SEBUAH BANDAR AKIBAT GEMPA BUMI

    Selepas 4 tahun berlalu, keadaan di Fukushima, Jepun masih kekal sama seperti ketika ditinggalkan sejurus gempa bumi. Penduduk yang dipindahkan meninggalkan kediaman mereka dan juga
    sekolah,restoran,pasar raya serta kenderaan mereka.

    Pada tanggal 11 Mac 2011, satu gempa bumi kuat berukuran 9 skala richter telah melanda Jepun dan sekaligus mencetuskan ombak tsunami setinggi 40 meter. Gempa bumi itu dianggap yang paling kuat pernah melanda Jepun dan menyebabkan hampir 16,000 penduduk maut dan lebih 2,500 orang lagi hilang.


    Tidak hanya dilanda gempa bumi kuat, disusuli dengan tsunami dan keadaan makin bertambah buruk apabila gempa itu juga turut mencetuskan satu lagi bencana yang berpunca daripada sebuah janakuasa nuklear di Fukushima rosak dan meletup.

    Kejadian itu menyebabkan hampir seluruh bandar Fukushima tercemar dengan sisa radioaktif yang bocor dari janakuasa berkenaan. Kejadian itu adalah bencana nuklear paling besar sejak kebocoran reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine yang ketika itu masih sebahagian Kesatuan Soviet pada 1986.
    puluhan ribu plastik hitam
     yang mengandungi tanah yang tercemar
     dikumpulkan di satu kawasan.

    Impak daripada bencana itu, hampir 160,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan kini 120,000 orang daripada mereka masih tidak boleh pulang ke kediaman masing-masing. Kawasan dalam lingkungan 32 kilometer dari stesen janakuasa itu dijadikan zon larangan kerana masih dicemari dengan sisa radioaktif dan tiada siapa yang dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

    Bulan lalu seorang jurugambar dan pembuat filem dari Poland, Arkadiusz Podniesinski berpeluang masuk ke Fukushima dan melihat dengan mata sendiri kesan tinggalan bencana 4 tahun yang lepas. Kenderaan masih lagi tersusun di jalan raya, rak di pasar raya masih mempunyai barangan dan papan hitam sekolah mempunyai nota untuk pelajar. Amat menakjubkan semua ini seolah-olah masa dipegunkan.

    Walaupun usaha pembersihan "bandar berhantu" itu giat dijalankan, tetapi sebahagian besar wilayah itu masih tercemar dan sangat bahaya untuk manusia. Penduduk bimbang sisa radioaktif akan kekal disitu sampai bila-bila.

    MJJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "KEMATIAN" SEBUAH BANDAR AKIBAT GEMPA BUMI Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top