
Menteri Luar China,Wang Yi, ketika melawat Kathmandu, Nepal pada Disember tahun lalu, memberi cadangan berkenaan keada kerajaan Nepal untuk membina landasan berkenaan merentasi Everest. Menurut media di Nepal, landasan berkenaan boleh dipanjangkan ke Kathmandu dan lebih jauh sekali gus menjadi laluan utama untuk China menerokai pasaran besar di India.

Bagaimanapun,pelan itu menerima kritikan pelbagai pihak yang bimbang projek itu terlalu berbahaya daripada aspek keselamatan serta berisiko memusnahkan ekosistem Banjaran Himalaya.
Tambahan pula kos pembinaan projek ini pastinya akan menelan belanja yang cukup besar memandangkan China pada hari ini sedang mengalami kemerosotan matawang Yuan di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, ramai pemerhati berpendapat, pembinaan ini wajar dipertimbangkan semula sebelum ianya benar-benar dilaksanakan seperti dirancang.
0 comments:
Post a Comment