My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 17 September 2015

    APA YANG DIPERLUKAN RAKYAT SARAWAK SELEPAS BERMULANYA PROJEK PAN BORNEO?

    Perasmian pembinaan projek lebuhraya Pan Borneo yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Teluk Melano, Lundu kelmarin merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat negeri Sarawak yang begitu dahagakan pembinaan ini dilakukan.

    Dengan meliputi jarak 1,090 kilometer, pembinaan lebuhraya ini pastinya akan membawa dimensi baru dalam perhubungan darat antara bahagian di negeri Sarawak.

    Namun begitu masih terdapat rungutan dikalangan rakyat negeri Sarawak berhubung sistem pengangkutan yang beroperasi di seluruh negeri Sarawak. Paling ketara, sistem pengangkutan yang sedang beroperasi di Bandaraya Kuching yang jelas tidak menggambarkan gelaran Bandaraya yang dikurniakan terhadap Bandar Kuching.

    Benar, kerajaan negeri telah membina satu terminal bas di Batu 4 Jalan Kuching Serian, tetapi pembinaan ini di katakan tidak strategik oleh kebanyakan penduduk setempat. Walaupun bas henti-henti ini ada melalui Bandaraya Kuching, namun dengan ketiadaan terminal bas yang teratur, pasti ianya sedikit sebanyak merosakkan imej Bandaraya berkenaan.

    Kini, kebanyakan bas henti-henti akan berhenti di sekitar Elektra House, Saujana dan di tepi Waterfront yang dilihat begitu berselerak keadaannya. Untuk semua ini, kenapa tidak dibina sebuah lagi terminal bas henti-henti di tengah-tengah Bandaraya Kuching yang dilihat lebih strategik dan memudahkan penduduk ke Kuching secara terus tanpa perlu melalui transit?

    Untuk terminal bas di Batu 4 Jalan Kuching Serian, terminal ini dikekalkan untuk baas yang melibatkan perhubungan antara bahagian. Contohnya, bas ekspress dari kuching ke Sibu, Sarikei, Miri dan Bintulu. Secara tidak langsung, Kuching mempunyai 2 terminal bas yang teratur dan lebih komprehensif sejajar dengan statusnya.

    Bagaimana pula dengan keadaan bas henti-henti yang masih beroperasi di Kuching hari ini? Apa yang kita dapat lihat hari ini, kebanyakan bas henti-henti yang sedang beroperasi di Kuching kini memang dalam keadaan uzur.

    Kebanyakan Bandaraya didunia dinilai menerusi perkhidmatan pengangkutan awamnya. Begitu juga keadaan yang menimpa Kuching dan sebuah lagi bandaraya, Ipoh. Pengangkutan yang dilihat agak uzur ini jelas merosakkan imej bandaraya Kuching pada pandangan pelancong yang pertama kali datang ke Sarawak.

    Seharusnya, Prasarana Malaysia Berhad melihat peluang ini untuk membawa mauk bas Rapid untuk beroperasi seperti yang dilakukan di Kuala Lumpur, Seremban dan Kuantan. Dengan wajah pengangkutan yang dipertingkatkan, ianya pasti mempertingkatkan perhubungan antara kawasan dan memberi imej baru pada bandar Kuching yang ditenggelami dengan imej bas yang agak uzur.

    Dalam pada itu, andai sistem bas dipertingkatkan, pastinya akan muncul polemik besar antara pengusaha van dan pengusaha bas disini. Untuk ini mari kita lihat peranan dan perbezaan yang dimainkan oleh  perkhidmatan bas dan van.

    Untuk van, ianya diperlukan untuk perhubungan yang lebih kompleks yang agak sukar dihubungkan melalui bas. Contohnya kawasan perkampungan yang lorongnya sempit untuk dilalui oleh bas seperti perkampungan Panglima Seman.

    Manakala bas digunakan untuk perhubungan antara daerah seperti yang diamalkan pada masa ini. Untuk itu, sewajarnya pengusaha van ini digabungkan dan diuruskan dibawah satu konsortium bumiputera dimana imej van ini juga akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

    Secara tidak langsung, imej pengangkutan negeri Sarawak secara perlahan-lahan akan dipertingkatkan. Sarawak bakal mempunyai lebuhraya yang terbaik di rantau Asia. Kenapa tidak mempertingkatkan mutu pengangkutan awam dan diselaraskan dibawah satu bumbung?

    Jika ada perancangan untuk memajukan sistem pengangkutan awam di Sarawak khusunya di Kuching, amat wajar sekiranya perancangan ini disegerakan memandangkan seluruh negeri Sarawak kini sedang giat membangun dan secara tidak langsung imej negeri ini terus dapat dipertingkatkan.

    #SarawakDihatikuSelamanya

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APA YANG DIPERLUKAN RAKYAT SARAWAK SELEPAS BERMULANYA PROJEK PAN BORNEO? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top