
Satu ketika dahulu, iklim politik Sarawak bukanlah satu faktor untuk memecah belahkan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di sini. Tidak seperti Ambon di Indonesia, walaupun pelbagai agama wujud di Sarawak namun belum pernah walau sekalipun wujud pergeseran antara agama dan bangsa di Sarawak. Masing-masing menghormati antara satu sama lain.
Bayangkan, kedai makan berbangsa Cina yang agak popular di Sarawak seperti Siang-Siang Corner juga disinggahi oleh kaum Iban, Bidayuh, Melayu, Kenyah, Melanau dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan semangat kekitaan yang amat tinggi di negeri Kenyalang ini.
Namun kini ianya sedikit demi sedikit berjaya dikikis oleh fahaman ekstrimis perkauman yang cuba disemai oleh mereka yang mahu melihat negeri yang penuh keamanan ini hancur dan sekaligus menghilangkan pengaruh kerajaan yang stabil memerintah di Sarawak.

Parti hasil ilham Pehin Abdul Taib Mahmud, Tun Jugah dan Datuk Stephen Kalong Ningkan ini merupakan tunggak kepada pemerintahan yang stabil. Langkah untuk bergabung dengan Barisan Nasional diambil setelah mengambil kira beberapa faktor antaranya kemajuan yang bakal dibawa kerajaan pusat dan ancaman daripada Partai Komunis Borneo yang begitu mengancam penduduk diluar bandar.
Namun begitu, syarat ketat penggabungan ini masih terus kekal sehingga hari ini iaitu, kerajaan pusat menerusi Barisan Nasional tidak boleh melanggar walau satu pun Perjanjian Fasal 18 perkara yang telah dimuktamadkan sebelum itu.
Namun kini, generasi hari ini ramai yang telah terpengaruh dengan dakyah songsang yang di sebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang kononnya mahu membawa Sarawak bebas merdeka daripada Semenanjung.

Didalam Pakatan Rakyat, ianya dibarisi oleh PKR, PAS (telah disingkirkan) dan DAP. Ketiga-tiga parti ini ditubuhkan di Kuala Lumpur sebelum cuba mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Jadi dimana asasnya mengatakan kami menolak pengaruh parti politik Semenanjung dalam kes ini?
Bayangkan, dalam beberapa siri Pilihanraya Negeri dan Umum, parti pembangkang di Sarawak dilihat tidak dapat membawa imej parti mereka sebaliknya mereka bertanding atas tiket mana-mana parti pembangkang bawaan Semenanjung.
Adakah ini yang dinamakan sebagai demokrasi? Sejak 1973, diawal penubuhan PBB, parti berkenaan tidak pernah melupakan hak kaum masing-masing demi menjaga kestabilan kaum yang ada di Sarawak. Di bawah pemerintahan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem, langkah proaktif beliau yang mahu melihat Sarawak maju jelas dapat dilihat.
Hari ini kerjasama antara Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri Malaysia jelas dapat dilihat dengan kehadiran beberapa projek mega yang sebelum ini gagal dibawa oleh Ketua Menteri dan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah getusan rasa kecewa terhadap pentadbiran yang sebelum ini namun ianya telah berubah secara total sejak Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih tampuk pemerintahan.
Jangan terlalu mudah termakan dengan dakyah fitnah yang cuba dilemparkan oleh penjahat-penjahat Malaya melalui anak-anak Sarawak yang mahu membawa idealogi songsang meracuni rakyat Negeri Sarawak.
#SarawakDihatikuSelamanya
JMSB
0 comments:
Post a Comment