Himpunan BERSIH 4.0 bukan sekadar satu perhimpunan bermotifkan politik, tetapi ianya menyerlahkan keruntuhan maruah penganut agama Islam di tanah air mereka sendiri.
Manakan tidak, beribu peserta BERSIH menyertai himpunan ini, boleh dikatakan tiada seorangpun sanggup berjalan kira-kira 300 meter dari Dataran Merdeka ke Masjid Jamek untuk menunaikan solat 5 waktu. Mereka lebih senang solat berjemaah diatas jalan raya, tempat rakan-rakan peserta BERSIH yang bukan beragama Islam melepaskan hajat kecil mereka.
Tidak cukup dengan itu, jika di masjid semuanya telah tersedia termasuk ruang solat dan tempat mengambiil wuduk dengan selesa, tetapi mereka yang kononnya beragama Islam ini sanggup lagi mengambil wuduk dari air mineral 1 liter yang dituangkan oleh amoi-amoi Cina dari berjalan kaki sebentar menuju ke masjid.
Persoalan besar, adakah ini martabat Islam yang kalian perjuangkan? Adakah haram bagi penyokong BERSIH solat berjemaah didalam masjid bersama-sama berbanding solat diatas jalan raya berlapikkan kain rentang "undur Najib, Bebaskan Anwar'?
Tidak mustahil andai DAP, PKR mahupun GHB berjaya menawan Malaysia seperti apa yang mereka perjuangkan, nasib orang Melayu dan Islam akan menadi seperti apa yang dialami oleh Singapura hari ini.
Jika berjalan kaki tidak sampai 300 meter dari tapak perhimpunan mereka menuju ke masjid pun mereka gagal untuk lakukan, berbangga mengambil wuduk dari tangan amoi cina berbanding mengambil wuduk ditempat sewajarnya dan menunaikan solat di kawasan yang diragui kebersihannya, adakah sah solat mereka dan adakah mereka mampu mengelak rasa riak yang mungkin timbul daripada "ibadah" yang mereka kerjakan?
JSJM

0 comments:
Post a Comment