My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 September 2015

    PEMILIHAN SEMATAN BUKTI KERAJAAN TIDAK ABAIKAN PENDALAMAN SARAWAK

    Pekan kecil Sematan yang terletak di Daerah Lundu, Sarawak dilihat antara pekan yang sentiasa tenang dan penduduk sekitar menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa banyak masalah yang timbul.

    Daerah paling hujung di negeri Sarawak ini dianugerahkan keindahan pantai yang cantik dan menjadi antara tarikan utama pelancong di daerah yang bersempadan dengan Kalimantan ini.

    Namun semuanya akan berubah apabila pekan kecil ini dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini. Pemilihan ini nyata menimbulkan rasa teruja bagi seluruh penduduk Sematan dan daerah Lundu khasnya kerana ini adalah julung-julung kalinya daerah ini dipilih untuk menganjurkan salah satu hari besar dalam kalendar negara.

    Majlis sambutan Hari Kebangsaan ini dijangka bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepimpinan tertinggi negeri termasuk Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem.

    Ramai yang melihat pemilihan pekan terpencil ini merupakan satu pengiktirafan dan tanda bahawa kerajaan pusat mahupun negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan di seluruh daerah yang ada di Negeri Sarawak.

    Tambahan pula, pada majlis berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib akan merasmikan Fasa Pertama Projek Lebuhraya Pan Borneo yang memang dinantikan sejak sekian lama oleh penduduk negeri Sarawak.

    Dijangka, apabila lebuhraya berkenaan siap kelak, ianya bakal menjadi tulang belakang bagi seluruh negeri Sarawak dan Sabah dimana masa perjalanan dapat disingkatkan antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

    Ini sekaligus membuka lembaran baru terhadap pembangunan negeri Sarawak yang sebelum ini ramai yang berpendapat ianya dilihat agak perlahan berbanding tanah besar Semenanjung.

    Jika sebelum iini, pihak pembangkang di Sarawak sentiasa mengatakan pembangunan antara Sarawak-Semenanjung tidak pernah setara, kali ini secara simboliknya pemilihan Sematan selaku tuan rumah Majlis Sambutan Hari Malaysia kali ini menampakkan sebaliknya dan ianya menandakan keprihatinan dan keseriusan kerajaan pusat dan negeri untuk membangunkan seluruh daerah dan bahagian di Negeri Sarawak.

    #SarawakDiHatiku

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PEMILIHAN SEMATAN BUKTI KERAJAAN TIDAK ABAIKAN PENDALAMAN SARAWAK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top