My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 September 2015

    MAHUKAH RAKYAT SARAWAK MENJADI BOSNIA HERZEGOVINA?

    Dusan Tadic, salah seorang daripada tentera Serb pergi kerumah seorang wanita Islam Bosnia yang ditinggalkan oleh suaminya untuk berperang dengan tentera Serb. Di rumah berkenaan yang tinggal hanya isterinya dan seorang anak lelaki yang berumur 15 tahun.

    Sampai di rumah berkenaan, Tadic telah menangkap anak wanita berkenaan lalu diikat tangan dan kaki belia berkenaan. Pada masa yang sama, Tadic menyoal dimana suaminya berada namun wanita berkenaan hanya menjawab tidak tahu.

    Dengan perasaan marah, Tadic memaksa wanita itu berbogel sepenuhnya sehingga memberitahu dimana kedudukan suaminya. Setelah berbogel sepenuhnya, wanita berkenaan tetap memberitahu bahawa beliau tidak tahu dimana kedudukan suaminya. Marah dengan jawapan berkenaan, wanita itu di tembak tepat didahinya dihadapan anak wanita berkenaan.

    Seteleh membunuh wanita berkenaan, anak wanita berkenaan dibebaskan dan dipaksa untuk merogol mayat ibunya. Setelah si anak merogol mayat ibunya, si anak juga akhirnya menemui ajal apabila di tembak dibelakang kepalanya, juga hanya kerana jawapan tidak tahu.

    Ini adalah secebis kisah yang berlaku sewaktu Perang Balkan yang mengakibatkan penghapusan etnik terburuk dalam sejarah kemanusiaan. Puncanya? Hanya kerana Bosnia Herzegovina menuntut kebebasan mutlak dari kaum Serb yang majoritinya tinggal dalam gagasan Yugoslavia pada tahun 1992.

    Bukan niat penulis mengatakan bahawa keadaan ini akan berulang andai Sarawak menuntut kebebasan dari Persekutuan Malaysia. Sejak dari zaman berzaman, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang banyak berdiplomasi dan enggan menumpahkan walau setitik darahpun apabila berhadapan dengan sebarang konflik.

    Namun, tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh beberapa pihak di Sarawak dikhuatiri akan mengundang pihak-pihak yang begitu bernafsu untuk memerintah sendiri negeri Sarawak tanpa ada kawalan ketat daripada pihak berkuasa.

    Jika ada yang terlupa, Sarawak kini didiami oleh hampir 40 suku kaum yang masing-masing menuntut hak masing-masing keatas bumi Sarawak. Mengambil contoh Bosnia, sebelum perang, 43% penduduk Bosnia adalah bangsa Bosniak yang majoritinya beragama Islam.

    Manakala penduduk Serb hanya sekitar 30% yang majoritinya beragama Kristian Orthodoks dan selebihnya bangsa Croat yang beragama Kristian Khatolik.

    Jika perbandingan ini dibuat, komposisi penduduk Sarawak juga hampir sama dimana Kaum Iban menguasai lebih 30% bumi Sarawak dan selebihnya dikongsi oleh etnik-etnik lain.

    Persoalan paling besar, bagaimana mahu menjadikan pembahagian negeri Sarawak lebih adil? Bagaimana mahu melantik pemimpin yang disenangi oleh semua kaum? Ada dakwaan mengatakan bahawa Sarawak akan bergabung dengan Brunei bagi membentuk sebuah negara. Tetapi lupakah mereka bahawa Negara Brunei hari ini begitu selesa mengecapi apa yang mereka kecapi hari ini?

    Mahukah Brunei berkongsi kekayaan mereka dengan seluruh negeri Sarawak? Sejak dari dahulu lagi, Istana Bolkiah hanya menuntut Lawas dan Limbang sahaja sebagai tanah jajahan mereka dimana hari ini mereka telah menggugurkan tuntutan mereka. Jadi dimana logiknya cadangan ini?

    Satu-satunya negara yang begitu berminat menuntut Sarawak adalah Indonesia dimana mereka mengharapkan penggabungan Kalimantan dan Sarawak akan tercipta. Jadi dimana asasnya Sarawak Merdeka?

    Apa yang dinikmati rakyat Sarawak hari ini sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang dinikmati oleh jiran mereka di Kalimantan. Jika dahulu kerajaan pusat selalu meminggirkan Sarawak sehinga satu-satunya lokasi paling menarik di bandar Kuching hanyalah Waterfront. Namun kini, transformasi yang di wujudkan di Sarawak tidak hanya tertumpu di bandar Kuching sahaja.

    Miri dan Bintulu contohnya, kedua-dua bandar ini sedang pesat berkembang malah bahagian yang berhampiran dengan 2 bahagian berkenaan juga kini sedang menikmati pembangunan yang hampir setara dengan Miri dan Bintulu.

    Tanyalah diri sendiri, apakah apabila kalian sudah semakin maju, kalian mahu menidakkan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan yang bertanggung jawab hari ini? Adakah kalian masih kekal mahu menuntut kemerdekaan kalian sendiri sedangkan bahaya dari dalam menanti andai tuntutan ini berjaya dilakukan?

    Adakah kalian masih mahu menjadi hamba kepada perintah DAP dan perintah mereka yang begitu pengecut yang tidak tinggal dalam negeri Sarawak tetapi tinggal diluar negara dei menuntut kemerdekaan Sarawak?

    Tiada walau satupun budak, apabila lahir terus boleh berlari sepantas Usain Bolt. Bertenang dan bersabar serta sertai kerajaan yang ada hari ini untuk memajukan negeri Sarawak. Usah ditanya apa yang kerajaan mampu lakukan untuk anda. Tapi tanya diri anda. Apa yang mampu anda sumbangkan untuk memajukan diri sendiri, keluarga, komoniti dan negeri Sarawak.

    #SarawakDihatikuSelamanya

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MAHUKAH RAKYAT SARAWAK MENJADI BOSNIA HERZEGOVINA? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top