
Namun, siring dengan kepesatan pembangunan yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat hari ini, terdapat beberapa usaha yang mahu memisahkan Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia yang mana usaha ini dikesan dilakukan oleh pihak pembangkang dan ekstrimis bertapak di Tanah Borneo ini.
Dakwa mereka, Sarawak telah ditipu menerusi perjanjian 18 dimana kononnya dalam perjanjian itu, wakil daripada Sarawak tidak memasukkan tarikh keluar Sarawak dimana katanya, Sarawak adalah negera bebas tanpa perlu penyatuan.

Jelas dakwaan liar sebegini tidak berasas sama sekali. Benar, pembangunan negeri ini dilihat agak perlahan berbanding semenanjung kerana beberapa sebab. Antaranya, kos penghantaran ke Sarawak yang agak tinggi serta permasalahan pemilikan tanah adat yang masing-masing dituntut oleh pewaris.
Namun, apa yang kita lihat hari ini, Sarawak jelas sedang mengalami transformasi hebat dibawah pemerintahan Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dan kerjasama erat antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mampu merubah Sarawak untuk lebih maju dimasa akan datang.

Ini belum lagi dengan pengembalian semula hasil petroleum di Bintulu dan Miri kepada kerajaan negeri dengan harga jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Perkara ini dilakukan pada pertengahan tahun lepas dan ini menjanjikan tambahan pendapatan untuk kerajaan negeri melaksanakan pembangunan infrastruktur di negeri ini.
Faktor hak pemilikan tanah adat juga sentiasa diberi keutamaan oleh pihak kerajaan dengan memastikan setiap tanah yang dituntut oleh penduduk setempat akan diberikan geran pemilikan yang sah berberbanding mengusahakan tanah berkenaan tanpa ada bukti kukuh.
Pembangunan sekata antara setiap bahagian juga menjadi keutamaan Tan Sri Adenan supaya setiap bahagian di negeri ini tidak ketinggalan dalam menikmati pembangunan yang sedang diusahakan. Contoh mudah, apa yang telah dinikmati oleh penduduk di Siburan, Batu 7 Kuching, Serian dan Sri Aman.
Pembangunan di tempat-tempat ini menggambarkan betapa seriusnya kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam memastikan Sarawak membangun jika tidak seiring dengan semenanjung, tetapi mampu membangunkan setiap kawasan dan daerah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk Negeri Sarawak.
Sarawak Di Hatiku....
JSJM
0 comments:
Post a Comment