My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 8 September 2015

    MALAYSIA SEDANG CUBA DIJAJAH DENGAN CARA BARU

    Menerusi beberapa pendedahan beserta bukti perbualan menerusi applikasi Whatsapp yang didedahkan oleh media sejak akhir-akhir ini, kedudukan Malaysia sebenarnya sedang cuba dijajah dengan cara baru yang lebih tersusun berbanding apa yang berlaku kira-kira 500 tahun yang lalu.

    Jika 500 tahun lalu Tanah Melayu ini dijajah menerusi serangan armada tentera laut Portugis yang dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque kemudiannya juga menerusi serangan laut oleh armada Belanda dan kemudiannya diambil alih oleh British menerusi tipu muslihat terhadap pembesar Melayu, kini gerakannya lebih kompleks untuk difahami.

    Siapa sangka, negara sebesar Malaysia menjadi tumpuan mereka yang berkepentingan dan bernafsu besar untuk menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.

    Lihat senario yang berlaku hari ini. Sabah, sebuah negeri paling utara di Tanah Borneo sejak sekian lama diancam oleh tuntutan kerajaan Sulu dan Filifina berikutan manipulasi perjanjian Sepanyol dan Amerika Syarikat satu ketika dahulu.

    Ini belum lagi dengan tuntutan pengasas Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Doris Jones yang begitu mudah merebak dikalangan penduduk negeri itu. Apa yang membimbangkan, pergerakan SSKM ini disokong oleh kebanyakan Gen Y disana sehinggakan Perjanjian 20 Sabah menyertai Malaysia juga dimanipulasikan.

    Sarawak juga tidak berkecuali dari menerima tempias seperti ini. Gerakan Sarawak for Sarawakians yang kini giat mempengaruhi pemikiran rakyat negeri Sarawak juga kian membimbangkan. Manakan tidak, mereka sedang giat mahu mengumpulkan tandatangan reforendum Sarawak harus menjadi negara sedang disebarkan pada setiap kali demo atau forum yang dianjurkan mereka.

    Tidak cukup dengan itu, gerakan ini seolah-olah jelas menolak kepimpinan Negeri dan Negara yang sedia ada dengan contoh jelas 2 demo yang diadakan sebelum ini, Demo Sarawak for Sarawakians dan BERSIH baru-baru ini jelas cuba menyemai fahaman kebencian terhadap kepimpinan sedia ada.

    Namun paling kritikal adalah cubaan menggulingkan kerajaan yang ada hari ini menerusi laporan fitnah yang giat disebarkan oleh portal berita The Edge dan Sarawak Report. Gerakan tersusun Clare Rewcastle Brown dengan kerjasama Xavier Andre Justo hanya menjadikan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai modal menghancurkan negara.

    Lebih malang, ada dikalangan rakyat Malaysia yang terlalu mudah menelan fitnah yang disebarkan sehingga menyebabkan komposisi kerajaan hari ini menjadi lemah. Dengan kerjasama beberapa ahli politik pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua, Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan beberapa orang tokoh koperat termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, semua ini nampak seakan-akan hampir berjaya dilaksanakan.

    Namun, penangkapan Justo di Koh Samui, Thailand telah membongkar segala komplot jahat ini. Jelas tiada kejahatan yang mampu kekal lama dan ancaman terhadap negara hari ini bukan perkara remeh untuk dibuat mainan politik sesetengah pihak.

    Ironinya, baik SSKM, Sarawak for Sarawak mahupun kospirasi ciptaan Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown, semuanya didalangi oleh mereka yang berada didalam barisan pembangkang dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kepalanya.

    Samada kita sedar atau tidak, Malaysia kini sedang cuba dijajah semula tetapi kini menerusi gerak kerja yang jauh lebih tersusun dan paling menyedihkan penglibatan rakyat Malaysia sendiri. Masihkah ada rakyat Malaysia yang mengatakan ini hanyalah gimik politik dan enggan menerima hakikat bahawa negara kini sedang diancam demi memuaskan nafsu politik masing-masing?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MALAYSIA SEDANG CUBA DIJAJAH DENGAN CARA BARU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top