My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 10 September 2015

    PERJUANGAN KEMERDEKAAN TEMENGGUNG JUGAH DIHINA GENERASI HARI INI

    Nama Temenggung Jugah bukan nama kecil dalam sejarah Sarawak.  Beliau dilihat antara individu terpenting dalam lipatan sejarah panjang Sarawak dengan peranannya begitu besar dalam kemerdekaan Negeri Sarawak satu ketika dahulu.

    Tanyalah siapa sahaja rakyat negeri Sarawak, pastinya mereka amat menyanjung tinggi jasa yang ditinggalkan oleh Temenggung Jugah terhadap negeri Sarawak. Malah banyak m
    onumen dan bangunan mahupun jalan diambil sempena namanya untuk diabadikan sebagai mengenang jasa mediang.

    Namun hari ini jelas berlainan bagi segelintir penduduk Sarawak. Nama ini sering kali dijadikan mangsa sasaran kemarahan mereka diatas jasa mediang membawa Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia.

    Kewujudan media sosial yang tidak disekat sepenuhnya oleh kerajaan hari ini nampaknya disalah guna oleh kebanyakan generasi hari ini dengan mewujudkan beberapa kumpulan forum di Facebook. Kebanyakan mereka menuntut kemerdekaan Sarawak dari Malaysia dengan alasan apa yang ditanda tangani oleh Temenggung Jugah dahulu bukan suara majoriti rakyat negeri Sarawak.

    Baik Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau mahupun Orang Ulu, masing-masing dilihat mahu menuntut pemerintahan sendiri di Sarawak dengan memberikan seribu satu alasan mewajarkan tindakan me
    reka.

    Namun sedarkah mereka tuntutan mereka ini merupakan salah satu propaganda yang mahu melihat perpaduan kaum yang selama ini wujud di Sarawak dirosakkan? Bayangkan situasi ini, andai kaum Iban menuntut Sarawak dengan alasan mereka adalah kaum terbesar di Sarawak, bagaimana nasib kaum lain? Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang mengutarakan perkara yang sama.

    Alasan mengatakan bahawa Sarawak tidak dimajukan jelas dakwaan yang teramat dangkal. Benar, pembangunan negeri ini agak sedikit ketinggalan pada zaman Tun Dr Mahathir kerana keseimbangan pembangunan tidak dilakukan dengan baik oleh beliau.

    Namun hari ini semuanya semakin berubah. Perjalanan dari Bandaraya Kuching menuju Siburan kini tidak seperti yang dialami 10 tahun yang lalu. Lihat sahaja pembangunan yang dinikmati di Batu 7 Kuching Serian. Lihat bagaimana pesatnya pembangunan di Batu 10 dan Siburan hari ini. Siapa yang pernah mengimpikan apa yang dinikmati hari ini akan berlaku?

    Bandar transit, Serian, kini dalam proses transformasi walaupun bukan secara menyeluruh tetapi ianya agak maju berbanding 10 tahun lalu. Adakah ini menunjukkan yang kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil kisah pembangunan negeri Sarawak?

    Semenanjung Malaysia tidak akan mencapai apa yang dinikmati hari ini dalam masa hanya 5 tahun. Jika pada tahun 1998 dahulu, bandar Kuching hanya boleh berbangga dengan Waterfront sahaja, namun kini banyak yang telah berubah.

    Miri, Bintulu, Sarikei malah Lawas juga sedang mengalami transformasi hebat hasil daripada hubungan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem. Adakah setelah mencapai sesuatu kemajuan, maka usaha ini dirampas dan dijadikan hak milik persendirian sesuatu kaum?

    Seharusnya masyarakat berbilang kaum di Sarawak menunjukkan contoh hebat kepada semua negeri yang ada di Malaysia. Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem memikul tugas yang berat menyatukan 36 etnik di seluruh Sarawak dibawah 1 pemerintahan.

    Jelas gerakan golongan yang menuntut kemerdekaan ini merupakan golongan yang lupa terhadap contoh-contoh buruk yang menimpa beberapa buah negara hasil dari tuntutan tidak masuk akal. Jangan memperjudikan negeri yang indah ini semata-mata termakan hasutan mereka yang jelas mempunyai niat yang busuk seperti gerakan kaum Cina DAP disana.

    Andai berjaya memperolehi kemerdekaan sekalipun, Sarawak yang kita lihat hari ini tidak akan aman damai kerana semua kaum yang ada di Sarawak juga mahu menuntut hak berkuasa diatas negeri Sarawak. Yang mengaut keuntungan dari perpecahan ini adalah kaum Cina kerana mereka pastinya akan menggunakan segala aset yang mereka ada untuk merampas negeri Sarawak dan seterusnya memerintah. Manakala nasib kaum-kaum pribumi di Sarawak, hanya tinggal kenangan.

    #SarawakDihatiku

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERJUANGAN KEMERDEKAAN TEMENGGUNG JUGAH DIHINA GENERASI HARI INI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top