My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 17 October 2015

    Tutor Bahasa Inggeris Seksi " Pikat " Pelajar Lelaki

    SEOUL, Korea Selatan - Pembelajaran Bahasa Inggeris semakin menarik apabila diajar oleh seorang guru yang mempunyai penampilan menarik dan berwajah cantik.


    Pendekatan yang dilakukan oleh syarikat Goddess of Education menerusi laman webnya di sini mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada golongan lelaki, malah turut menarik minat kaum wanita.

    Mereka mempelajari Bahasa Inggeris melalui sidang video di laman web berkenaan. Menurut ketua eksekutifnya, Yang Jae-hoon, orang ramai memilih laman web tersebut kerana tertarik dengan penampilan seksi dan cantik guru-gurunya.

    "Kami mengambil pengajar yang cantik untuk meningkatkan motivasi dalam pembelajaran," ujar Yang Jae-hoon. Individu yang mahu menjadi tutor perlu menghantar tiga keping gambar profil menggunakan nama samaran dalam Bahasa Inggeris seperti Cinderella atau Goddess.

    Jelas kini pembelajaran Bahasa Inggeris di Korea Selatan hari ini semakin meberansangkan berikutan timbul kesedaran baru-baru ini bagi warga Korea, andai mereka ingin lebih maju dari hari ini, mereka perlu menguasai bahasa global ini. Jika tidak, mereka akan terus ketinggalan dalam arus kemodenanan semasa.

    Bagaimana di Malaysia? Adakah ada pihak yang turut sama ingin mempromosikan langkah yang sama sebagai menggalakkan rakyat Malaysia mahir berbahasa Inggeris?





    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tutor Bahasa Inggeris Seksi " Pikat " Pelajar Lelaki Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top