My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 October 2015

    10 LAGU BERHANTU SELURUH DUNIA ( SIRI 1 )

    Dunia hiburan hari ini tidak pernah sunyi daripada lagu-lagu baru yang sentiasa menghiasi corong-corong radio dan kaca-kaca telivisyen. Namun tahukah anda terdapat beberapa buah lagu yang mempunyai kisah mistik disebaliknya? Berikut adalah beberapa lagu yang dikategorikan sebagai lagu-lagu berhantu.

    1. Lagu : CINDAI
    Nyanyian : Siti Nurhaliza
    Malaysia.

    Terdapat kisah kononnya seorang wanita yang sedang mandi sedang menyanyikan lagu Cindai telah disahut dengan satu suara yang dipercayai puntianak. Cindai yang bermaksud kain sutera berbunga-bunga juga membawa maksud puntianak.

    Teringat dahulu zaman persekolah, setiap kali belajar malam di asrama mesti ditemani radio. Tetapi sebaik sahaja lagu Cindai dimainkan di radio, kami cepat-cepat tutup atau tukar siaran radio. Sekiranya dengar juga, mesti rasa seram sejuk dan terasa seperti sedang diperhatikan terutama apabila mendengar pada waktu tengah-tengah malam, dimana asrama senyap sunyi apabila kebanyakkan pelajar telah tidur.



    2. Lagu : ULIK MAYANG
    Nyanyian : Lagu Rakyat
    Malaysia.

    Kisah ulik mayang ini bermula dengan kisah seorang nelayan yang menangkap ikan di tengah laut. Tiba-tiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut lalu dia diselamatkan oleh beberapa orang puteri laut (jin laut) dan mereka telah jatuh cinta dengan nelayan ini.

    Namun oleh kerana berbeza dunia, mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.
    Nelayan tersebut tidak sedarkan diri kerana puteri2 itu enggan melepaskannya lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa. Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat yang lain untuk membantu sehinggalah datang Puteri Sulung (adik-beradik dengan puteri laut tadi), dan menyuruh adik-adiknya balik ke tempat asal. Sebagai penghargaan, maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning dalam upacara semah (memberi makan jin laut) Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.

    Setelah kedatangan Islam,acara khurafat ini telah ditinggalkan. Namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak berpegang dengan ajaran Islam dan masih mengamalkan upacara Ulik Mayang ini terutama bagi golongan nelayan, kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.

    - Pelajar dirasuk ketika membuat latihan persembahan ulik mayang sehingga dia tidak berhenti menari.
    - Seorang wanita diganggu ketika sedang ikut menyanyi lagu ulik mayang di radio pada waktu malam dan tanpa disedari lagu itu tidak berhenti walaupun dah hampir setengah jam. Ketika dia sedar keadaan itu, suara nyanyian tersebut sangat halus dan lembut dan bukannya lagi suara penyanyi Ella.




    3. Lagu : MENANTI KASIH
    Nyanyian : Alda
    Indonesia

    Menanti Kasih merupakan lagu terakhir penyanyi Alda dari Indonesia yang popular dengan lagu Aku Tak Biasa. Alda ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel selepas tiga hari lagu tersebut dirakam. Bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati penyanyi tersebut telah disahkan meninggal dunia sejak seminggu sebelum itu. Persoalan timbul mmengenai siapakah individu yang telah merakam lagu tersebut sedangkan Alda mati lebih awal sebelum proses rakaman dibuat.

    Khabarnya, lagu tersebut secara tiba-tba sahaja sudah siap direkod dan pengurus Alda sendiri tidak tahu dari mana datangnya lagu itu. Lebih menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui selepas kematiannya.

    Ada pula yg mengatakan kononnya ketika lagu ini dirakam, Alda dalam keadaan yang sedih dan kecewa kerana kecurangan teman lelakinya. Oleh kerana itu, walaupun lirik lagu sebenarnya lain, tetapi Alda telah menyanyikan lirik lagu ini. Kesahihan sebena cerita ini tidak diketahui.




    4.Lagu : NINA BOBO
    Nyanyian : Mustika
    Indonesia

    Nina Bobo adalah sebuah lagu dari Indonesia yang berirama keroncong dan turut terkenal di negara Belanda. Mengikut bahasa Indonesia, 'bobo' atau 'bobok' membawa maksud menidurkan seseorang dan 'Nina bobo' ialah perbuatan menidurkan seseorang bernama Nina.

    Mungkin sebagian dari kita tidak pernah menyangka jika lagu Nina Bobo dianggap sebagai lagu untuk memanggil makhluk halus. Dalam sebuah cerita yang tersebar mengenai asal mula munculnya lagu ini, Nina adalah seorang kanak-kanak perempuan berdarah Indonesia - Belanda yang bernama Helenina Mustika Van Rodjnik. Nama kanak-kanak itu adalah hasil gabungan nama ibunya, Mustika yang merupakan seorang wanita berketurunan Jawa asli dari Indonesia, manakala bapanya bernama Van Rodjnik yang merupakan seorang kapten dari Belanda.

    Lagu Nina Bobo memang sengaja diciptakan oleh sang ibu untuk menidurkan Helenina ketika menangis. Namun sayang, umur Helenina tak panjang, dia meninggal pada usia enam tahun. Pada tahun 1875, Helenina mengalami kesukaran untuk tidur dan sering menangis serta meracau pada setiap malam. Akhirnya setiap malam, ibunya selalu menyanyikan lagu “Nina Bobo” untuk mendodoikan Helenina supaya Helenina dapat tidur dengan lena.Bagaimanapun, keadaan itu tidak berpanjangan apabila Helenina kembali sukar tidur dan menangis hampir setiap malam sehingga jatuh sakit walaupun ibunya telah mendendangkan lagi Nina Bobo. Hingga pada tahun 1878 atau tepat diusianya 6 tahun, Helenina pun meninggal akibat sakit misteri yang tidak diketahui.

    Kematian anak tunggal kepada pasangan suami isteri itu telah menyebabkan mereka merasa amat sedih sehingga Mustika tidak dapat menerima hakikat dan sering berhalusinasi dengan menyanyikan lagu Nina Bobo seorang diri di rumah. Seminggu sejak Helenina meninggal, Kapten Van Rodjnik melihat Mustika menyanyikan lagu “Nina Bobo” di bilik mandi. Mustika mengatakan bahawa dia mendengar  Helenina sedang menangis di bilik mandi dan dia percaya anaknya yang telah meninggal dunia itu masih hidup.


    Sejak kejadian tersebut, Mustika mengalami kemurungan dan sering menyanyikan lagu Nina Bobo pada setiap malam selama bertahun-tahun sehinggakan dia meninggal dunia kerana terlalu merindukan anaknya.

    Kematian dua insan paling bermakna dalam hidup telah meninggalkan kesan mendalam terhadap Kapten Van Rodjnik yang hidup sendirian. Dia mengaku sering mendengar suara tangisan bayi yang sering kedengaran pada setiap malam. Namun Kapten Van Rodjnik tidak menghiraukannya. Hingga suatu malam ketika Kapten Van Rodjnik tidur, dia terbangun kerana terkejut mendapati tangan seorang anak kecil berumur 6 tahun membangunkannya dan sekaligus dengan suara tangisan.


    " Kenapa papa tidak nyanyikan lagu Nina Bobo untuk saya," kata Helenina yang tiba-tiba muncul di hujung penjuru katil. Sejak kejadian tersebut, Kapten Van Rodjnik sangat terganggu dan sentiasa menyanyikan lagu Nina Bobo secara berulang-ulang setiap hari dan meninggal dunia kerana tak makan dan minum.

    Kononnya, roh Helenina akan datang selepas diseru dengan nyanyian Nina Bobo dan akan menemani anak kecil sehingga dia tertidur di dalam bilik.

    " Nina bobo oh nina bobo,
    Kalau tidak bobo digigit nyamuk,
    Nina bobo oh nina bobo,
    Kalau tidak bobo digigit nyamuk,
    Tidurlah sayang,adikku manis,
    Bobo lah bobo adikku sayang,
    Kalau tidak bobo digigit nyamuk,
    Nina bobo h nina bobo,,
    Kalau tidak bobo digigit nyamuk,"


    5. Lagu : GLOOMY SUNDAY
    Nyanyian :
    Hungary

    Gloomy Sunday (Ahad yang Suram) ialah satu lagu yang telah ditulis oleh pemain piano dan komposer HungaryRezsÅ‘ Seress dan telah diterbitkan pada 1933 dengan nama "Vége a világnak" ("Penghujung Dunia").  Liriknya telah ditulis oleh László Jávor, dan dalam versinya, nama lagu ini telah dinamakan semula sebagai "Szomorú vasárnap" (Templat:IPA-hu) ("Ahad yang Sedih"). Lagu ini telah dirakamkan buat kali pertama dalam bahasa Hungary oleh Pál Kalmár pada tahun 1935.
    "Gloomy Sunday" pertama kali dirakamkan dalam bahasa Inggeris oleh Hal Kemp pada 1936, dan liriknya ditulis oleh Sam M. Lewis.[2] Ia telah dirakamkan oleh Paul Robertson pada tahun yang sama, dengan lirik daripada Desmond Carter. Lagu ini menjadi terkenal di kebanyakan negara berbahasa Inggeris selepas versi Billie Holiday dikeluarkan pada tahun 1941. Lirik lagu merujuk kepada bunuh diri, dan label rekod menggelarnya "Lagu Bunuh Diri Hungary".
    Asalnya lagu ini dikarang untuk kekasihnya tetapi tidak lama setelah pelancaran lagu tersebut, kekasihnya telah membunuh diri dan di dalam surat bunuh diri itu tertulis lirik lagu Gloomy Sunday.

    Pihak kerajaan Hongaria akhirnnya mengambil keputusan melarang lagu ini dimainkan apabila menyedari lagu tersebut telah mengorbankan nyawa ramai orang, tetapi lagu tersebut telah tersebar ke negara lain dan mengorbankan banyak nyawa. 

    Di Inggeris,lagu ini dilarang dimainkan di BBC kerana terjadi tragedi bunuh diri lagi. Beberapa tindakan bunuh diri juga berlaku di AS, tetapi AS tidak melarang lagu itu diputarkan di sana. Secara keseluruhannya, terjadi 200 tragedi bunuh diri di seluruh dunia berkaitan dengan lagu Gloomy Sunday. 

    Pada tahun 1968, pengubah Gloomy Sunday yang menjadi ahli muzik, Rezsoe Seres melompat bunuh diri dari tingkat 8 sebuah bangunan. Dia tertekan kerana tidak dapat mengubah lagu lainnya selepas Gloomy Sunday. Sebelum meninggal Rezsoe Seres pernah memberitahu bahawa lagu yang sempat menjadi hits ini mewakili kepedihan hatinya kerana entah mengapa dia dapat merasakan yang dia tidak akan dapat lagi membuat hits yang ke-2. Lagu itu telah menambahkan perasaan putus asanya tentang hidup.

    - Seorang laki-laki dilaporkan keluar dari night club dan menembakkan revolver ke arah kepalanya setelah meminta kepada band night club untuk memainkan lagu “Gloomy Sunday”.
    - Di Berlin, pemuda yang juga merupakan penjaga toko melakukan aksi bunuh diri, di antara kedua kakinya pecahan piringan hitam dari lagu “Gloomy Sunday”.
    - Dua hari setelah kejadian itu, di New York, wanita membakar dirinya sendiri dan menulis wasiat yang isinya mengatakan agar lagu “Gloomy Sunday” dimainkan ketika pemakamannya.
    - Masih dalam jurnalnya, D.P MacDonald melaporkan, seorang lelaki berumur 80 tahun membunuh diri dengan cara melompat melalui jendela dari ketinggian tujuh tingkat sambil berteriak menyanyikan “Gloomy Sunday.” 
    - di Roma pada hari yang sama, perempuan berumur 14 tahun ditemukan mati menjatuhkan diri dengan menggenggam piringan hitam lagu “Gloomy Sunday”.



    MJJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 10 LAGU BERHANTU SELURUH DUNIA ( SIRI 1 ) Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top