My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    Aksi Bertenaga Pogba Bantu United



    Pe­ngendali Manchester United, Jose Mourinho melabelkan kapten pasukannya, Paul Pogba sebagai ‘raksasa’ selepas berjaya mendominasi bahagian tengah pasukan itu ketika mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Leicester awal pagi semalam.

    Pogba memainkan peranan utama ketika Perancis menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini dan terlepas sebahagian besar aksi pramusim bersama United selepas diberikan cuti rehat.

    Dia yang kembali menjalani latihan bersama United Isnin lalu tidak berdepan masalah mempamerkan kualiti apabila diturunkan dalam perlawanan menentang Leicester apabila turut menyumbang gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ketiga.

    “Sudah tentu pemain yang terlibat dalam aksi pramusim berada dalam keadaan baik ketika diturunkan. Luke Shaw, Andreas Pareira, Eric Bailly dan Matteo Darmian sangat selesa beraksi untuk tempoh 90 minit perlawanan itu.

    “Marcus Rashford dilihat agak berhempas pulas tetapi Pogba sangat menakjubkan. Saya jangka dia hanya mampu beraksi untuk tempoh 60 minit sahaja tetapi berjaya bermain dengan baik sepanjang 80 minit,” katanya.

    Walaupun ramai yang terkejut apabila Pogba disenaraikan di dalam kesebelasan utama selepas melalui tempoh cuti yang agak lama, Mourinho mengakui bahawa tidak sukar membuat keputusan tersebut kerana bintang Perancis itu memberitahu bahawa dia bersedia untuk diturun­kan.

    “Ia bukan perkara sukar. Saya serahkan kepada­nya untuk membuat keputusan kerana dua pemain lain, Andrea Pereira dan Fred berada dalam senarai untuk saya turunkan.

    “Saya hanya mempunyai dua pilihan sama ada Scott McTominay ataupun Paul. Jika saya menurunkan Scott bermakna kami menggunakan dua pemain muda dan seorang pemain baharu. Jadi, saya bertanya kepada Paul dan dia mengakui bersedia untuk beraksi menentang Leicester,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Bertenaga Pogba Bantu United Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top