My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    Selepas BN Di Jatuhkan, Sasaran Seterusnya Adalah GPS



    Bukan satu rahsia lagi, antara hasrat besar Pakatan Harapan yang diketuai DAP adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan seterusnya mahu menghapuskan terus Barisan Nasional dari peta politik Malaysia. Hasrat mereka akhirnya berjaya direalisasikan setelah menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai kuda tunggangan mereka untuk menghuru harakan perpaduan kaum Melayu.

    Melihat akan hasrat mereka yang akhirnya berjaya direalisasikan setelah lebih 50 tahun mencuba, kali ini, sasaran seterusnya adalah untuk menumbangkan satu-satunya gabungan parti anak-anak kelahiran Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai oleh PBB, PRS, PDP dan SUPP dikuburkan di Sarawak.

    Langkah pertama mereka adalah dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sarawak yang mana dikatakan diilhamkan dari penubuhan PPBM di Semenanjung Malaysia. Dengan kewujudan PPBM ini, maka lengkaplah kesemua parti Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, PAN dan PPBM berada di bumi Sarawak.

    Apa yang menghairankan sebelum ini adalah, majoriti rakyat Sarawak menentang keras sebarang campur tangan luar terutamanya dari Semenanjung dalam urus tadbir negeri Sarawak. Merekalebih mengutamakan parti pribumi Sarawak sehingga menyaksikan UMNO di larang keras bertapak di Sarawak.

    Kali ini, nampaknya, pendirian berkenaan sudah mula berubah. Ini dibuktikan dengan penerimaan segelintir rakyat Sarawak terhadap kemasukan PPBM ke Sarawak. Malah, penubuhan DAP, PKR dan PAN juga nampaknya telah meruntuhkan tembok pemisah berkenaan sehingga hari ini, ada anak Sarawak sendiri sudah menanam hasrat menumbangkan kerajaan anak jati Sarawak sendiri dan menggantikannya dengan parti-parti "lepeh".

    Melihat akan keadaan ini, nampaknya, hasrat DAP dan Pakatan Harapan untuk menguburkan terus parti anak jati Sarawak yang hari ini membentuk GPS, bakal menjadi lebih mudah. Apa yang perlumereka lakukan adalah terus menabur fitnah bagi meyakinkan rakyat Sarawak untuk menolak GPS yang didakwa mereka tidak memperjuangkan nasib rakyat Sarawak.

    Walhal, jika diteliti dari manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, antara janji yang akan mereka tabur adalah mengembalikan hak Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963. Hari ini, usahkan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak, hasil bumi kedua-dua buah negeri ini juga mahu dibolot secara sendirian oleh kerajaan pusat.

    Sejak dari dahulu lagi semasa Barisan Nasional Sarawak masih wujud, PBB, PRS, SUPP dan PDP cukup kosisten memperjuangkan hak nasib Sarawak di peringkat pusat. Tidak pernah walau sekalipun hak ini mahu dikompromi terutama semasa pentadbiran Allahyarham Pehin Haji Adenan Satem sebelum ini.

    Mudah untuk disimpulkan bahawa, kejatuhan GPS di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri kelak adalah sesuatu yang cukup diidamkan oleh DAP dan Pakatan Harapan. Sebaik sahaja GPS diitumbangkan, maka akan terwujudlah satu lagi kerajaan Pakatan Harapan dan percayalah pada ketika itu, tidak ada lagi hak rakyat Sarawak akan diperjuangkan oleh parti-parti "lepeh" ini.

    Pada ketika itu, parti-parti "lepeh" ini akan berleluasa menikmati hasil bumi Sarawak termasuk mula menindas rakyat Sarawak sendiri supaya selari dengan kerajaan pusat hari ini. Juga bukan satu perkara yang mustahil sekiranya segala hasil bumi Sarawak akan dijarah sesuka hati mereka dan tinggallah Sarawak dengan impiannya untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selepas BN Di Jatuhkan, Sasaran Seterusnya Adalah GPS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top