My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    'Dah Kenapa Kau Berbogel?'



    AKIBAT berbogel menerusi panggilan video, kakitangan bank diugut wanita asing yang mahu menyebarkan rakaman lucah itu, jika dia gagal menyerahkan wang diminta. Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu menerima panggilan video melalui Facebook (FB) miliknya ketika berada di rumahnya di Taman Sri Andalas di Klang, jam 1 tengah hari, semalam. 

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati wanita Filipina yang menggunakan nama samaran itu menggoda dengan mengatakan mahu melihat mangsa berbogel.

    “Mangsa kemudian terpedaya dengan permintaan suspek yang dipercayai dikenalinya di FB sehari sebelumnya (Jumaat lalu). Tindakan mangsa bagaimanapun mengundang padah apabila suspek mengugut supaya menyerahkan wang USD1,000 (RM4,084).

    “Jika gagal berbuat demikian, rakaman video mangsa akan disebarkan suspek ke dalam YouTube,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

    Mangsa tampil membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. Shamsul Amar berkata, mangsa setakat ini belum membuat sebarang pemindahan wang.

    “Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita percaya ia taktik penjenayah antarabangsa bagi mendapatkan wang,” katanya. Beliau berkata, pihaknya sebelum ini turut menerima dua laporan polis berhubung modus operandi sama namun membabitkan mangsa berbeza.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Dah Kenapa Kau Berbogel?' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top