My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    Tiga Rentung Selepas Kereta Dinaiki Kemalangan



    Tiga individu termasuk dua wanita maut selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaiki dipercayai terbakar dalam nahas jalan raya di Kampung Hobut di sini malam tadi. 

    Difahamkan, Proton Saga terbabit telah bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit sebelum ia terbakar kira-kira pukul 8.15 malam. Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.

    Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seramai 10 anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 malam.

    "Sebaik tiba di tempat kejadian yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kudat, anggota bomba bertugas segera menjalankan operasi memadam kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa di dalam kereta Proton Saga berkenaan.

    "Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, dimaklumkan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Operasi yang turut melibatkan pasukan bomba sukarela daripada Pinawantai dan Kampung Air itu tamat pada pukul 10.46 malam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Rentung Selepas Kereta Dinaiki Kemalangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top