My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    Jangan Cuba Mahu Menyucikan Apa Yang Di Haramkan Allah Dan Islam


    Kebelakangan ini, suara golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin kuat kedengaran. Sebelum ini, semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, kelompok terlaknat ini lebih senang bergerak secara sembunyi dan tidak menyerlahkan kecenderungan seksual mereka. Hari ini, sebaik Pakatan Harapan berkuasa, mereka sudah mula berani menuntut hak mereka,

    Perlu di tegaskan di sini bahawa di dalam Islam, kelompok ini amat di murkai oleh Allah S.W.T dan di haramkan sama sekali. Malah, terdapat beberapa potong ayat suci Al Quran yang menegaskan, sebarang perubahan bentuk ciptaan Allah keatas diri serta memakai atau sengaja meniru cara pemakaian dan penampilan berlainan jantina, adalah amat dikutuk oleh Allah.

    Justeru, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang secara terbuka meminta rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka kehadiran kelompok songsang ini dan memberikan hak-hak mereka di dalam masyarakat, ianya adalah tindakan yang amat pelik dan dianggap sengaja mencabar kekuasaan dan ketetapan Allah dan Islam itu sendiri.

    Siapa Mujahid untuk menghalalkan apa yang sudah tertulis secara terang bahawa kelompok LGBT ini adalah kelompok yang diharamkan oleh Allah mencium bau syurga ini? Adakah Mujahid lebih berkuasa dari Allah, Rasulnya, Kitabnya serta deretan mufti yang ada di seluruh dunia yang telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa kelompok LGBT ini adalah haram?

    Mari kita imbas sejenak dua tragedi besar dalam sejarah ketamadunan manusia yang berlaku di negeri Sodom dan Pompeii yang mana kedua-dua negeri ini dihancurkan oleh Allah S.W.T akibat perlakuan songsang penduduknya yang mengamalkanLGBT secara terbuka.

    Sodom adalah salah satu bukti jelas bahawa Allah amat memurkai golongan ini sehinggakan bumi Sodom di terbalikkan Allah akibat kemurkaanNya. Pompeii pula dijahanamkan oleh Allah menerusi letusan gunung berapi dan gempa bumi yang kuat sehingga mengorbankan semua penduduk di dalamnya kecuali para penduduk yang masih berpegang teguh pada agama.

    Adakah dengan cubaan menghalalkan kehadiran golongan bapok, mak nyah, penkid, lesbian dan gay ini dikatakan pembaharuan di dalam agama? Adakah Mujahid sendiri sedar bahawa tindakannya ini mengundang kemurkaan Allah terhadap negara ini? Apa dosa rakyat Malaysia yang masih kukuh berpegang pada ajaran Islam seandainya kemurkaan Allah ini diterjemahkan dengan kejadian bencana alam yang kita sendiri tidak mahu ianya terjadi?

    Sedikit rekod, amalan LGBT ini sememangnya dicipta oleh kelompok Freemason dan Illuminati barat yang mahu menyaksikanketidak stabilan sosio budaya serta pegangan agama. Ianya bukansatu perkara pelik di Barat terutamanya di Amerika Syarikat sendiri apabila beberapa buah negeri di negara Uncle Sam berkenaan telah meluluskan perkahwinan sejenis.

    Adakah kita rakyat Malaysia mahu melihat, satu hari nanti, kita menghadiri perkahwinan antara lelaki dan lelaki serta wanita dengan wanita? Adakah ini yang dinamakan kebebasan yang sebenar? Adakah Mujahid sedar bahawa kelompok LGBT ini menurut beberapa riwayat, bumi sendiri pun tidak menerima jasad mereka seandainya mereka meninggal dunia?

    Sepatutnya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan agama Islam menerusi JAKIM ini, beliau patutnya memberi kesedaran kepada kelompok sesat ini supaya kembali ke pangkal jalan. Ini tidak. Dia menggunakan kapasitinya sebagai menteri untuk menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasulnya. Hebat Mujahid. Kuasanya lebih besar dari Allah dan Rasulnya sendiri.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Cuba Mahu Menyucikan Apa Yang Di Haramkan Allah Dan Islam Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top