My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 August 2018

    Apa Nasib Rakyat Yang Tidak Berkemampuan?



    Pelbagai langkah baru cuba dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menunjukkan mereka jauh lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Antara langkah terbaru yang diperkenalkan adalah melaksanakan Skim Insuran Kesihatan yang akan di mulakan dengan pemotongan sebanyak 5 peratus dari gaji kakitangan awam.

    Langkah ini di percayai untuk mencontohi negara-negara maju yang lain yang mana rakyatnya perlu mempunyai kad skim insuran sendiri sebelum layak menerima rawatan di hospital milik kerajaan mahupun swasta. Namun, apa yang menjadi persoalannya, sudah bersediakah rakyat untuk mengharungi satu lagi detik yang bakal membebankan rakyat ini?

    Sebelum ini, rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua kaum, agama mahupun fahaman politik, menerima rawatan yang boleh dikatakan hampir percuma. Manakan tidak, untuk rawatan biasa pesakit luar, seseorang pesakit hanya perlu membayar RM 1 manakala bagi mereka yang memerlukan rawatan pakar,seseorang pesakit hanya perlu membayar RM 5 sahaja.

    Hari ini, kerajaan mahu memperkenalkan sistem skim insuran yang mana pembayaran insuran ini akan dilakukan menerusi potongan gaji. Persoalannya, jika seseorang itu bekerja sendiri ataupun warga emas di luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap, adakah mereka tidak layak menerima rawatan dari mana-mana hospital mahupun klinik swasta?

    Jika layak sekalipun, bukan satu perkara yang mengejutkan sekiranya mereka terpaksa membayar kos penuh hanya untuk menerima rawatan pesakit luar. Mari kita lihat satu contoh mudah. Hari ini, untuk mendapat rawatan sakit demam, batuk dan selsema, jika kita ke klinik mahupun ke hospital kerajaan, kita hanya perlu membayar RM 1.

    Jika kita mahu mendapat rawatan segera, klinik swasta akan mengenakan bayaran antara RM 30 hingga RM 70 untuk mendapatkan ubat dari klinik swasta. Bayangkan, sekiranya kad kesihatan ini kekal di laksanakan, sudah semestinya warga emas dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap akan teruk terjejas.

    Benar, kerajaan BN sebelum ini percah cuba melaksanakan 1Care 1Malaysia namun, skim ini akhirnya di batalkan kerana kerajaan BN mendapati, ianya tidak adil buat warga luar bandar, warga emas dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menerima rawatan terbaik.

    Mungkin bagi Kementerian Kesihatan dan kerajaan Pakatan Harapan hari ini menganggap sudah tiba masanya Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara Barat yang sudah lama mengecapi kemajuan. Mungkin mereka menganggap rakyat Malaysia sudah kaya raya dan bayaran RM 1 ini sudah tidak relevan lagi kerana selama ini, kerajaan menanggung subsidi kesihatan sehingga 99 peratus.

    Namun, percayalah, sebaik sahaja skim ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan kehilangan satu lagi fasiliti kesihatan yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Mungkin bagi penjawat awam ataupun pekerja yang mempunyai pendapatan tetap, skim ini tidak membebankan mereka.

    Tetapi, mereka perlu ingat, yang akan menerima impak besar dan paling terjejas adalah ibu, bapa, abang ataupun kakak mahupun saudara marra kita di luar bandar yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Mereka akan terkial-kial mengumpul wang untuk keklinik terdekat hanya untuk mengambil ubat demam, selsema mahupun batuk yang harganya boleh membeli beras dua kampit siap dengan lauk pauk untuk seminggu!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Nasib Rakyat Yang Tidak Berkemampuan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top