.jpg)
.jpg)
Menurut Dato Seri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pelaburan ini merupakan satu pelaburan yang di lakukan untuk jangka masa panjang dimana pulangan daripada pelaburan ini akan di nikmati oleh pencarum KWAP dalam bentuk dividen yang lebih tinggi. Apa yang menariknya di sini, pelaburan menerusi 1MDB di buat bukan daripada "rolling money" pencarum tetapi lebih kepada pegangan ekuiti pelaburan menerusi bon pinjaman dan lain-lain lagi. Isu ini di timbulkan oleh Rafizi Ramli sewaktu persidangan Parlimen yang lepas.
Bagi penulis, ini merupakan satu lagi cubaan bagi merosakkan imej 1MDB menerusi syarikat-syarikat yang melabur kedalam syarikat milik kerajaan seperti 1MDB. Sudah begitu lama semenjak 1MDB di tubuhkan pada tahun 2009, pelbagai tohmahan dan serangan samada dari pembangkang mahupun dari kalangan orang UMNO itu sendiri. Mereka tidak faham apa itu 1MDB dan sukalah penulis menulis sekali lagi bahawa 1MDB MERUPAKAN PELABURAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG dan bukan bertujuan meraih keuntungan poket dan keuntungan segera. Tiada satu pun dalam dunia ini apabila pagi ini melabur petangnya mendapat hasil. Simpanan seperti ASB mahupun ASN juga bukan boleh kita lihat hasilnya dalam masa sebulan. Sekurang-kurangnya setahun baru kita akan nampak hasilnya menerusi dividen. Begitu juga dengan 1MDB.
.jpg)
JSJM
0 comments:
Post a Comment