Rasanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berlangsung, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerap kali mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih kerajaan kerana andai tersalah pilih, kekuatan dan perkembangan ekonomi Malaysia akan menuju kehancuran. Bukan mudah untuk membangunkan negara jika tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mentadbir.
Hari ini, setelah hampir 200 hari Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan dengan diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seluruh pemerhati dan laporan kewangan antarabangsa mendapati, ekonomi Malaysia sebenarnya sedang menuju era kehancuran secara menyeluruh.
Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, agensi antarabangsa itu menyatakan, perkembangan ekonomi Malaysia sebenarnya sedang berada pada tahap paling lemah jika dibandingkan dengan 15 buah negara kuasa ekonomi Asia.
Kenyataan ini sebenarnya selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar yang berpengaruh dalam ekonomi dunia, Nikkei. Dalam laporan akhbar berkenaan, mereka terkejut apabila ekonomi Malaysia semakin melemah kerana pada awal tahun ini, seluruh pemerhati ekonomi dunia menjangkakan, Malaysia bakal muncul antara kuasa ekonomi Asia dalam tempoh 2 tahun.
Dalam laporan Bank Dunia yang terbaru, mereka menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang pada 4.9 peratus berbanding 5.4 peratus yang diunjurkan pada awal tahun ini menjelang tahun 2019. Malah, Bank Dunia juga menjangkakan, Malaysia akan gagal menyekat kehadiran inflasi dalam ekonominya jika keadaan ini berterusan.
Lebih memburukkan keadaan, eksport import Malaysia mencatatkan penurunan 5 peratus setiap bulan yang mana secara kolektifnya, Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 45 peratus sepanjang kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya. Ini menyaksikan Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM 1.6 bilion dalam tempoh 5 bulan.
Apa yang menghairankan, tidak ada mana-mana akhbar mahupun portal milik kerajaan menerangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia. Ini menyaksikan, rakyat Malaysia tidak mengetahui langsung keadaan sebenar ekonomi Malaysia.
Dari segi komiditi seperti minyak kelapa sawit pula, Malaysia mencatatkan penurunan eksport komuditi ini sebanyak 27 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Hari ini diberitakan, harga minyak kelapa sawit setan menjunam kepada RM 300, terendah dalam tempoh lebih 20 tahun.
Menariknya, Bank Negara Malaysia, dalam satu pengumumannya memberitahu, simpanan matawang asing negara sehingga akhir September lalu mencatatkan penurunan sebanyak USD 1.3 bilion - penurunan untuk bulan kelima berturut-turut. Penurunan ini sebenarnya berpunca dari penarikan beramai-ramai pelabur asing dari Malaysia sejak 10 Mei yang lalu.
Kebanyakan pelabur-pelabur asing ini hilang kepercayaan terhadap dasar dan polisi ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak mereka berjaya membentuk kerajaan. Malah, indeks KLSE juga menunjukkan penurunan tanpa henti sejak Mei lalu yang mana prestasi KLSE ini adalah yang terburuk sejak krisis matawang antarabangsa pada tahun 1998.
Tidak cukup dengan itu, Ringgit terus diniagakan dalam keadaan lemah berbanding Dolar Amerika. Sehingga Jumaat lepas, Ringgit diniagakan RM 4.16 berbanding USD $1, penurunan sebanyak 30 sen jika dibandingkan April tahun ini.
Menurut laporan Bank Dunia, antara punca kejatuhan ekonomi Malaysia hari ini disebabkan oleh ketidak tentuan polisi ekonomi kerajaan, faktor perkembangan geopolitik, keutamaan kepada polisi populis dan kekurangan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk jatuhnya harga komuditi asas seperti getah dan industri sawit Malaysia.
Inilah keadaan sebenar masalah ekonomi Malaysia yang langsung tidak dilaporkan oleh mana-mana akhbar di dalam negara ini. Mungkin kerajaan Pakatan Harapan boleh menyembunyikan fakta sebenar ekonomi Malaysia. Namun perlu ditegaskna bahawa, ini era telekomunikasi dan multimedia yang mana rakyat boleh sahaja mencari apa jua maklumat menerusi carian internet dari sumber yang sahih.
Ini bukan era yang mana segala maklumat dibekalkan oleh kerajaan semata-mata. Dunia hari ini cukup berminat melihat perkembangan ekonomi Malaysia diera kerajaan baru Pakatan Harapan.
Tetapi, ya lah, bak kata para penyokong Pakatan Harapan, kami tidak peduli apa sahaja mengenai ekonomi Malaysia. Apa yang kami peduli adalah Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional dapat ditumbangkan. Untuk ini, amatlah malang buat sebahagian rakyat Malaysia yang hari ini sudahpun menerima kesan dari kejatuhan ekonomi Malaysia.
Untuk rujukan, pembaca boleh melayari laman web ini :
1. https://asia.nikkei.com/Business/Markets/Nikkei-Markets/World-Bank-sharply-cuts-Malaysia-s-2018-growth-view
2.
0 comments:
Post a Comment