Slogan Malaysia Baru yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan dalam kempen PRU ke 14 yang lalu nampaknya benar-benar dijadikan pedoman buat kesemua menteri-menteri kabinet Pakatan Harapan. Sebut sahaja apa pembaharuan yang sedang atau sudah laksanakan sehinggakan cara-cara untuk "meramaikan" rakyat Malaysia juga sedang mengalami transformasi yang begitu mengejutkan.
Bagaimana untuk meramaikan rakyat Malaysia yang dimaksudkan itu? Caranya adalah, tiada lagi sebarang serbuan terhadap mana-mana premis samada di hotel-hotel bajet mahupun dirumah persendirian yang disyaki melakukan maksiat termauk penzinaan.
Jika sudah tidak ada sebarang pencegahan dilakukan, sudah tentu anak-anak muda yang diketahui mempunyai nafsu membuak-buak terhadap kaum jantina yang berlainan, akan sewenang-wenangnya melakukan"test drive" terhadap pasangan masing-masing semahu hati mereka tanpa perlu ditangkap oleh mana-mana penguatkuasa agama Islam dan pihak berkuasa.
Malah dari kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri yang sepatutnya menjaga hal ehwal Islam, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ini, dapatlah disimpulkan bahawa, pihak kerajaan hari ini tidak mempunyai masalah menerima kehadiran anak-anak yang tidak sah taraf walaupun hakikatnya, masyarakat Malaysia tanpa mengira apa jua agama amat menentang sebarang tindakan salah laku terutamanya maksiat.
Tapi atas nama pembaharuan, semua ini dipersetankan dan dianggap menjadi salah satu perlanggaran hak asasi manusia sekiranya pihak berkuasa melaksanakan serbuan terhadap premis persendirian mahupun di hotel-hotel bajet. Alasannya mudah, itu kesalahan peribadi dan dosa peribadi.
Lebih hebat lagi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Mujahid yang menyatakan, Islam tidak mengajar umatnya melakukan serbuan kerumah orang untuk mencegah kejahatan. Persoalannya, arahannya untuk menyerbu mana-mana premis yang disyaki tempat menyimpan wang 1MDB termasuk ke rumah Tun Rahah itu Islamkah?
Lebih dahsyat, Majlis Belia Malaysia (MBM) serta dua orang mufti secara terang-terangan menyokong kenyataan Datuk Dr Mujahid ini. MBM yang selama ini menjadi benteng belia Malaysia juga dilihat sudah hanyut dengan imej pembaharuan yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan.
Lebih teruk lagi, dua orang mufti yang sepatutnya menjadi penasihat Sultan dan Yang DiPertua Negeri dalam hal ehwal agama Islam juga turut bersetuju supaya perkara ini dilaksanakan. Hebat sungguh penangan Malaysia Baru hari ini. Semuanya mahu baru.
Jadi, buat anak-anak muda yang begitu teruja dengan pembaharuan yang menyaksikan mereka berjaya melacurkan Islam atas nama demokrasi dan Malaysia Baru, setiap malam, bermula malam ini, "projek", "kenduri" dan "aqiqahlah" pasangan anda semahunya sebab tiada siapa lagi akan mengganggu urusan kalian di dalam bilik.
0 comments:
Post a Comment