My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 October 2018

    Zahid Tiba Ke Bangunan SPRM



    Seperti dijadualkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba ke bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 3 petang tanpa diiringi oleh mana-mana pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang digembar gemburkan akan mengiringi beliau hari ini.

    Dengan mengenakan baju batik, kelihatan jelas pada wajah beliau, tiada  sebarang kerunsingan dan wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Malah, ketibaan beliau disambut oleh pegawai penyiasat SPRM dan para wartawan yang telah menunggu hampir sejam di pintu masuk bangunan SPRM ini.

    Untuk rekod, kehadiran beliau ke bangunan SPRM ini adalah atas arahan pihak SPRM sendiri yang mahu beliau menyerah diri bagi membolehkan pihak SPRM melengkapkan kertas siasatan sebelum beliau dijadualkan bakal di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk sebutan kes.

    Semuanya gara-gara siasatan pihak SPRM terhadap Yayasan Akal Budi milik beliau yang kononnya didakwa berlaku salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

    Beliau adalah pemimpin ketiga yang diheret ke SPRM setelah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Abdul Azeez juga turut ditahan SPRM sebelum ini.

    Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi PEMANTAU Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam  bakal mengadakan himpunan #Solidariti4Presiden dihadapan pintu masuk bangunan SPRM pada jam 9 malam ini.

    Malah pada keesokan hari, kira-kira jam 7.30 pagi, beliau juga dijangka bakal mengetuai satu lagi himpunan #Solidariti4Presiden di perkarangan Mahkamah Seksyen Jalan Duta bagi menyatakan sokongan akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Zahid Tiba Ke Bangunan SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top