My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 October 2018

    Ini Baru Kerja Gila!



    Umum sedia maklum bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah dibawa ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta bagi menghadapi sebutan deretan kes yang dihadapi oleh beliau. Beliau telah ditahan oleh pihak SPRM semalam setelah diminta untuk berbuat demikian oleh agensi kerajaan berkenaan.

    Namun begitu, siapa sangka, beliau berhadapan dengan 40 pertuduhan berbeza di bawah 3 Akta berbeza? Inilah yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Lebih teruk lagi, kesemua kes beliau ini dibicarakan di 5 kamar berbeza. Berita ini disampaikan sendiri oleh sumber dalaman mahkamah itu sendiri.


    Andai benar jumlah kes ini yang dihadapi oleh Presiden UMNO ini, ianya jauh lebih banyak dari jumlah kes yang dihadapi oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta SPRM (ASPRM) 2009, Akta Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Satu lagi pertuduhan adalah melibatkan tuduhan pecah amanah Yayasan Akal Budi milik beliau sendiri.

    Sehingga kini tidak dapat dipastikan sehingga bila beliau akan terus berada di dalam mahkamah namun ari pemerhatian, beliau bakal mengharungi hari yang cukup panjang dan berkemungkinan kes yang dihadapi beliau tidak dapat diselesaikan hari ini.


    Dalam perkembangan berasingan, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak turut hadir memberikan sokongan moral beliau terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dipercayai dalam perjalanan pulang ke Parlimen Pekan dan mengambil peluang bertemu sebentar dengan rakan karib beliau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Baru Kerja Gila! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top