My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 April 2018

    Badang Negara Gegar Gold Coast



    KONTINJEN Malaysia memulakan hari pertama Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dengan langkah kanan apabila menyumbang dua pingat emas semalam. 

    Atlet dari Rompin, Pahang, Mohd. Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad yang sanggup menahan lapar semalaman kerana diet menuai emas pertama apabila mengungguli acara angkat berat kategori 56 kilogram (kg).

    Dalam acara yang berlangsung di Pusat Sukan dan Rekreasi Carrara, atlet berusia 24 tahun itu turut membaharui rekod kejohanan menerusi angkatan 261kg, memadam rekod lama 260kg milik idolanya, Amirul Hamizan Ibrahim yang dilakukan sewaktu Sukan Komanwel 2002 di Manchester, England.

    Atlet dari Kedah, Muhamad Aznil Bidin turut menjulang nama negara apabila mengungguli saingan 62kg selepas berjaya mengangkat beban angkatan keseluruhan seberat 288kg melalui 126kg bagi snatch dan 162kg untuk clean & jerk.

    Menerusi kejayaan itu, Aznil dan Azroy bakal meraih insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sebanyak RM80,000 dan tambahan RM10,000 buat Azroy atas kejayaan membaharui rekod temasya. Azroy juga bakal memperoleh ‘durian runtuh’ daripada kerajaan Pahang yang mempertimbangkan untuk memberi insentif berbentuk lot tanah dan wang tunai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Badang Negara Gegar Gold Coast Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top