Pada 13 April yang lalu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang membabitkan kira-kira 67 ribu pemandu teksi di seluruh negara. Menerusi kad berkenaan, kerajaan telah memberi RM 800 bagi membantu meringankan kos bahan api.
Kad tersebut akan diagihkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan bagi menzahirkan inisiatif itu, kerajaan meluluskan dana sebanyak RM53.6 juta. Tidak terhenti setakat itu, Datuk Seri Mohd Najib juga turut mengumumkan kelulusan segera Bantuan Rakyat 1 Malaysia buat semua pemandu teksi yang sebelum ini dikatakan tidak dililuskan permohonan mereka.
Namun, disaat kerajaan begitu bermurah hati memberikan bantuan yang tidak disangka ini, di pihak pembangkang, mereka sedaya upaya mahu merosakkan apa yang telah diberikan kerajaan ini. Terbaru, ada pihak telah menyebarkan fitnah kononnya para pemandu teksi di Langkawi tidak disediakan oleh kerajaan.
Agak menghairankan sebenarnya kerana pada 19 April lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad telah menyempurnakan satu majlis penyerahan kad berkenaan. Malah, hampir kesemua pemandu teksi yang berdaftar, telah memperolehi kad berkenaan pada hari yang sama.
Persoalannya, dari mana cerita tidak masuk akal ini timbul?
Penyerahan kad BT1M di Langkawi |
Untuk makluman, sehingga hari ini, sebanyak 500 kad bantuan telah disampaikan kepada pemandu-pemandu teksi di Langkawi. Jumlah ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia sejak ianya dilancarkan pada 13 April yang lalu.
Melihat kepada kenyataan ini, ianya telah menjawab fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa kerajaan menerusi SPAD tidak menyediakan kad berkenaan buat pemandu teksi di Langkawi.
Memang cukup mengairankan, kenapa murahnya moral dan maruah pembangkang sehingga bantuan seperti ini juga dipolitikkan? Sebelum ini, mereka turut menyebarkan fitnah yang sama kononnya, ramai pemandu teksi yang hadir pada 13 April yang lalu tidak menerima kada berkenaan seperti yang dijanjikan.
Nampaknya, kali ini, pihak SPAD perlu mengambil tindakan yang lebih tegas bagi menghentikan fitnah yang tidak masuk akal ini. Tindakan tegas seumpama ini mampu menyekat sebarang usaha memburukkan kerajaan dan SPAD dan seterusnya memberi gambaran jelas, apa yang telah berlaku sepanjang lebih seminggu ini mengenai BT1M.
0 comments:
Post a Comment