My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 April 2018

    PNB Bina 5,000 Rumah Mampu Milik


    Permodalan Nasional Berhad (PNB) memacu pertumbuhan rumah mampu milik apabila membina 5,000 kediaman di Negeri Sembilan dan Selangor. Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, 140 rumah teres setingkat dibina di Bagan Pinang, di sini bagi membolehkan orang ramai memiliki kediaman. 

    Katanya, rumah berkonsepkan kediaman bertanah seluas 1,000 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dijual antara RM180,000 dan RM200,000. “Pembinaan ini adalah projek pertama di Bagan Pinang, selari matlamat kerajaan yang mahu menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat.

    “Secara keseluruhan, 5,000 rumah dibina termasuk di Pedas, Rembau dan Banting, Selangor dengan daerah ini menjadi projek perintis,” katanya pada majlis pelancaran projek PNB Value Homes di Jalan Pinang 1, Bagan Pinang di sini, semalam.

    Pelancaran disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad. Abdul Wahid berkata, projek dimajukan anak syarikat, PNB Value Homes Sdn Bhd itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2020.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PNB Bina 5,000 Rumah Mampu Milik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top