Seorang lelaki menyerang dan membunuh isterinya dengan pedang selain mencederakan ibu mentua serta anak saudara perempuannya ketika mereka menemani mangsa mengikuti sesi kaunseling di mahkamah keluarga di Sambalpur, kelmarin.
Hindustan Times melaporkan, Ramesh Kumbhar menyerang isterinya, Sanjita Chowdhury, 18, dengan pedang sebelum membunuhnya di pekarangan mahkamah keluarga. Ibu mentuanya, Lalita Chowdhury dan anak saudara mangsa, Shivani yang berusia dua tahun setengah dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Menurut NDTV, bapa mangsa yang turut bersama ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri. The Hindu melaporkan, Sanjita hadir ke mahkamah itu ditemani ibu bapa serta anak saudaranya untuk berdamai dengan lelaki terbabit.
Pasangan itu kahwin lari tahun lalu dan tinggal bersama untuk seketika sebelum Sanjita kembali ke pangkuan keluarganya kerana tidak tahan didera Ramesh, lapor Odishatv.
0 comments:
Post a Comment