My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 23 April 2018

    Jangan Lupa, MCA Juga Adalah Komponen BN



    Sejak dari awal lagi semasa Parti Perikatan ditubuhkan, MCA adalah salah sebuah parti yang kekal setia sehinggalah penubuhan Barisan Nasional. Segala perit jerih untuk membentuk persefahaman antara UMNO, MCA dan MIC bukan mudah untuk diwujudkan namun hasil daripada toleransi yang amat tinggi, sehingga hari ini, UMNO, MCA dan MIC masih kekal menjadi tunggak BN.

    Hari ini, disaat segala cabaran politik semakin hebat, komitmen berterusan MCA di dalam BN memang tidak mampu disangkal lagi. Walaupun hari ini MCA tidaklah segagah sebelum era 2000, namun kerja keras dan komitmen dari peringkat atasan sehingga bawahan masih kekal sama.

    Seperti yang diungkapkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa pengumuman calon BN bagi negeri Selangor, semalam, asas kepada kekuatan BN adalah saling memahami dan saling membantu antara satu sama lain. Prinsip asas perjuangan MCA tidak pernah lari dan masih kekal sehingga kini.

    Benar, MCA terus komited memperjuangkan nasib kaum Cina di negara ini namun pada masa yang sama, MCA juga turut memperjuangkan nasib dan permasalahan seluruh kaum di negara ini. Calon-calon yang diletakkan oleh MCA pada PRU ke 14 kali ini juga bukan hanya mengambil kira pendapat sesuatu kaum semata-mata. Sebaliknya, ianya turut mengambil kira pendapat kaum-kaum lain.

    Inilah yang gagal dilakukan oleh DAP apabila sewenang-wenangnya meletakkan calon yang bukan anak tempatan. Mereka pasti akan menabur janji hanya untuk menraih undi terutamanya dari kaum Cina namun hakikatnya, hanya MCA dan Gerakan sahaja yang terus bekerja memperjuangkan nasib dan permasalahan kaum Cina di negara ini, sejak dari PRU yang pertama sehingga kini.

    Justeru, untuk menyaksikan hasrat DAP yang mahu menguburkan MCA pada Pilihan Raya Umum kali ini, nampaknya ia merupakan satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan. Kekuatan MCA bukan hanya terletak kepada sesuatu kaum semata-mata. Sebaliknya, ia mendapat sokongan dari semua ahli parti yang menganggotai BN tanpa mengira kaum dan agama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Lupa, MCA Juga Adalah Komponen BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top