My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 April 2018

    Sasaran Pembangkang, Tumbangkan Semua Nama Besar BN



    Setiap kali tibanya Pillihan Raya Umum, pembangkang pasti akan meletakkan sasaran untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang mereka mampu. Menariknya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008, mereka menyedari, tidak mungkin mereka mampu memenangi Pilihan Raya Umum kerana menyedari kekuatan yang ada pada Barisan Nasional.

    Namun, keputusan luar jangkaan yang diraih pembangkang pada tahun 2008 berkenaan menjadi pemangkin buat pembangkang. Secara tiba-tiba mereka berasa yakin untuk menumbangkan BN dan ini terbukti apabila mereka melakukan gerak kerja yang berlipat kali ganda termasuk aktif menyebarkan dakyat palsu terhadap kerajaan.

    Namun, ada sesuatu yang pembangkang belajar disebalik kemenangan besar mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Menerusi Pilihan Raya Umum berkenaan, mereka berjaya menumbangkan beberapa nama besar dalam UMNO seperti Tan Sri Ali Rustam, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan beberapa yang lain.

    Malah, kejayaan mereka menawan Selangor dan Pulau Pinang juga menyaksikan beberapa nama besar di kedua-dua negeri berkenaan juga berjaya ditumbangkan. Inilah pengajaran paling besar yang berjaya diperoleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

    Kini, disaat negara sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14, nampaknya, apa yang dipelajari mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, akan menjadi pilihan pertama pembangkang dalam meletakkan calon mereka.

    Sasaran mereka kini bertambah. Dari untuk memenangi seberapa banyak kerusi dan memenangi Pilihan Raya Umum dan seterusnya membentuk kerajaan, mereka juga menyasarkan nama-nama besar BN termasuk senarai Presiden parti komponen untuk ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini.

    Lihat sahaja bagaimana DAP begitu gah menamakan "ayam sabung" utama mereka di Perak, Nga Kor Ming untuk menentang Presiden Gerakan, Mah Siew Keong. Bagi Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam, beliau bakal ditentang oleh calon yang dikatakan dari anak tempatan serta ahli perniagaan, Datuk Seri Edmund Santhara.

    Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula, beliau dijangka bakal ditentang oleh salah seorang pemimpin tertinggi DAP yang masih belum dinamakan. Malah Timbalan beliau, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong pula akan ditentang oleh bekas Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang merupakan Pengerusi DAP Johor.

    Di Putrajaya pula, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur bakal ditentang oleh Profesor Madya, Samsu Adabi Mamat yang dijangka bakal berlangsung sengit. Bagi Parlimen Lumut pula, Pakatan Harapan mempertaruhkan bekas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli yang dilihat sebagai satu usaha mereka bagi menumbangkan pengaruh Menteri Besar  Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

    Pastinya yang mencuri tumpuan adalah kemunculan semula Tun Dr Mahathir kearena politik. Dia telah mengesahkan akan bertanding di Parlimen Langkawi bagi menentang calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dilihat cukup kuat di pulau berkenaan. Pastinya, impian Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula banyak bergantung kepada keputusan yang mampu dia raih di Langkawi kelak.

    Ini baru sebahagian bagaimana DAP dan Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh meletakkan calon mereka bagi menumbangkan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin utama BN. Namun, atas khidmat yang cemerlang sebelum ini, nampaknya usaha DAP kali ini besar kemungkinan sukar dilaksanakan.

    Cuma, apa yang diharapkan, para pengundi tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menjanjikan begitu begini, Ini kerana, mereka pasti tidak akan mampu melaksanakan semua janji mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa hanya BN sahaja yang mampu memenuhi keperluan dan membawa kemajuan dan pembangunan di setiap Parlimen dan negeri yang dikuasai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sasaran Pembangkang, Tumbangkan Semua Nama Besar BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top