My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 April 2018

    Ibu Bapa Sedia Bilik Khayal



    Apa nak jadi apabila ibu bapa memberi lesen besar kepada anak mereka untuk menagih dadah beramai-ramai bersama rakan di rumah. Tindakan ibarat membunuh anak kandung itu terbongkar apabila anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menyerbu sebuah rumah di Taman Medan di sini, awal pagi semalam. 

    Pemeriksaan dalam sebuah bilik tidur di rumah itu mendapati seorang lelaki melayan syabu bersama tiga rakannya. Difahamkan, ibu bapanya yang mengetahui kegiatan itu hanya membiarkan perbuatan mereka, sekali gus menjadikan bilik itu sebagai port selamat lelaki terbabit melepaskan gian. Ketika ditahan, keempat-empat lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun itu berada dalam keadaan khayal.

    Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Selangor, Mohd Firdaus Abu Bakar berkata, ketika ditahan pihaknya menemui dapur iaitu peralatan digunakan empat lelaki terbabit untuk menagih syabu.

    Katanya, empat lelaki itu antara 52 individu berusia 15 hingga 62 tahun yang ditahan kerana positif dadah dalam operasi sekitar Petaling Jaya dijalankan antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam.

    “Operasi awal pagi tadi (semalam) dijalankan di lima lokasi sekitar Petaling Jaya iaitu di Taman Medan, Taman Dato Harun, Desa Mentari, Desaria dan kawasan PJS1 hingga PJS6 membabitkan kekuatan 31 anggota AADK Selangor, AADK Cawangan Petaling Jaya dan Unit Strike Ibu Pejabat AADK. 

    “Operasi itu memberikan tumpuan kepada lokasi dikenal pasti kawasan perangi dadah habis-habisan AADK,” katanya. Mohd Firdaus berkata, 68 individu diperiksa dan 52 disahkan positif dadah.

    “Mereka yang positif mengambil dadah ialah 50 lelaki dan dua wanita. Seramai 30 daripadanya positif mengambil syabu, 20 positif ganja, 10 lagi positif morfin atau heroin manakala dua lagi positif mengambil ketamin,” katanya. Katanya, mereka ditahan reman mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (APD).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu Bapa Sedia Bilik Khayal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top