My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 April 2018

    Ular Sembunyi Di Bilik Tidur Rupanya



    PENIAGA burger terkejut apabila menemui ular tedung berukuran 1.5 meter bersembunyi di rumahnya di Kampung Selaping, Jalan Radu, Kota Marudu, semalam. 

    Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, Datu Mohd Akmal Izuddin, 26, pada mulanya melihat ular berkenaan berada di ruang tamu dan cuba menghalaunya namun ia menjalar ke dalam lubang di dinding kediaman.

    “Saya cuba mencarinya selama beberapa jam tetapi gagal sebelum meneruskan kerja penyediaan alat dan bahan memasak burger dalam keadaan bimbang. Tidak lama selepas itu, kebetulan saya memasuki bilik tidur untuk mengambil barang dan terkejut melihat ular terbabit berada di hadapan saya sambil mengangkat kepalanya.

    Saya segera menjauhkan diri dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan,” katanya. Sementara itu, Pegawai APM Unit Kota Marudu, Farith @ Dickson Piransang berkata, sebaik menerima panggilan pada 2.10 petang, empat anggota dihantar ke lokasi. 

    “Sebaik tiba, anggota APM memeriksa bilik tidur pengadu dan menemui ular tedung berukuran 1.5 meter dengan berat satu kilogram berada di celah dinding.

    “Ular berkenaan kemudian ditangkap menggunakan penyepit dan pencangkuk sebelum dibawa ke pejabat APM Tuaran untuk diletakkan ke dalam sangkar sementara,” katanya. Farith berkata, operasi mencari dan menangkap ular mengambil masa kira-kira 20 minit berikutan reptilia itu bertindak agresif.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ular Sembunyi Di Bilik Tidur Rupanya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top