My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 April 2018

    Dijel Terlibat Aktiviti Persundalan



    Perbuatan dua ibu tunggal termasuk seorang warga Thailand yang terlibat dengan aktiviti persundalan di sebuah hotel terkemuka di sini pada bulan lalu membawa padah apabila mereka dihukum penjara selama enam bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang merupakan warga Thailand, Miss Masitoh Pradu, 34 dan Alya Zara Abidin, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

    Mengikut pertuduhan, Miss Masitoh dan Alya Zara didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan di dua bilik berasingan di sebuah hotel di sini pada pukul 6.15 petang, 29 Mac lalu.

    Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dijel Terlibat Aktiviti Persundalan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top